“Tak Semestinya Kita Ada Duit, Kita Boleh Bahagia” – Fizo Omar

Posted on

Kita semua pernah melalui masa sukar dan perit getir dalam perniagaan sehingga membuatkan diri kita bankrap, Fizo Omar menjelaskan bahawa perkara tersebut yang terjadi sebelum dia mendirikan rumahtangga, banyak mengajarnya mengenai erti kehidupan dan juga nilai kebahagiaan.Apatahlagi sebelum ini Fizo pernah bankrap dalam dunia perniagaan

“Alhamdulillah, kehidupan saya semakin baik semenjak kelahiran puteri sulung saya dan isteri. Saya dapat rasakan kebahagian itu. Sebab masa zaman bujang saya terlalu mengejar karier dan kewangan. Tapi apabila Allah uji saya jatuh bankrap dan kena tipu”

“Dari situ saya mula mengenal erti kebahagian. Tak semestinya kita ada duit, kita boleh bahagia. Proses yang saya jatuh tu, saya banyak belajar,” kata Fizo kepada mStar Online.

Malah Fizo dalam masa yang sama turut bersyukur kerena dikurniakan cahaya mata tepat pada waktunya. Malah dengan apa yang dimiliki kini atas hasil kerjanya sebelum, dia dapat meluangkan masa bersama anak dan isteri.

Fizo dan Mawar Abdul Karim berkahwin pada 10 November 2013 dan dikurniakan anak bernama Wan Mariam pada 29 Desember tahun lalu.

sumber :rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.