Baru-baru ini, kecoh di media sosial sebuah video mendakwa anak angkat usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri didera oleh pembantu rumah. Menerusi video tersebut menunjukkan pembantu rumah Aliff, warganegara Indonesia didakwa menunjal kepala Qayyum yang sedang dipegang oleh pembantu rumah yang lain.
Tidak tahan kerana anak-anak angkatnya itu sering menjadi kecaman netizen dan beliau asyik dikritik dalam soal penjagaan mereka, Aliff Syukri membuat keputusan untuk menjual akaun Instagram tersebut dengan harga RM40,000.
Menerusi Instagram, Aliff mengatakan pada awalnya beliau tidak mahu menjual akaun tersebut kerana untuk dijadikan kenangan apabila mereka sudah dewasa kelak dan mahu ibu bapa kandung melihat anak-anak mereka membesar, namun terpaksa menjualnya memandangkan akaun tersebut berterusan mencetuskan masalah dan perbalahan.
Kata Aliff lagi, jika ramai yang memberikan sokongan agar tidak menjual akaun tersebut, beliau akan membatalkan hasratnya itu dan akan akaun tersebut akan diteruskan seperti biasa.
Menerusi ruangan komen, ramai yang berpendapat harga yang ditawarkan terlalu mahal dan tidak masuk akal kerana nilai tersebut boleh beli sebuah kereta dan rumah. Ada segelintir netizen turut menasihati Aliff Syukri agar tidak hidup bersandarkan wang semata-mata.
Dalam pada itu, ramai netizen memberikan sokongan moral kepada beliau agar tidak menjual akaun tersebut dan menyarankan untuk menutup ruangan komen supaya tiada lagi komen-komen negatif.