Takkan Lah Sebab Tengok Kat Rumah Boleh Jadi Sarkas? – Najib Jawab Wan Azizah

Posted on

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang melahirkan rasa bimbang siaran langsung perbicaraan kesnya bakal menjadikan riuh dan kacau.

“Saya tak faham. Bagaimana pula orang duduk di rumah untuk tonton ‘live’ boleh menyebabkan perbicaraan mahkamah ini menjadi sarkas? Apa nak takut?,” soalnya menerusi hantaran di Facebook.

Ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur, Wan Azizah berkata, beliau bimbang siaran langsung perbicaraan kes Najib dijadual bermula Rabu ini menjadikan riuh dan kacau seperti ‘persembahan sarkas’.

“Itu bidang kuasa mahkamah, biar mahkamah memutuskannya.

“Walaupun kita merasakan rakyat ingin mengetahui perjalanan perbicaraan Najib, kita tak mahu menjadikannya satu persembahan sarkas,” katanya memetik laporan portal Malaysiakini.

BERITA TERDAHULU : NAJIB SOKONG PERBICARAANNYA DI MAHKAMAH DISIARKAN SECARA LANGSUNG

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyokong perbicaraan tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta disiar secara langsung.

Beliau berkata, rakyat berhak untuk mendapatkan kebenaran berhubung tuduhan yang dilemparkan kepada dirinya, selain dapat membantu ketelusan serta kedaulatan undang-undang.

“Saya akan menyokong siaran langsung kerana ia akan membantu ketelusan dan memastikan ‘Rule of Law’ dipatuhi. Rakyat mempunyai hak untuk tahu kebenaran,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Pada 28 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 3 April ini untuk perbicaraan tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC International yang dihadapi Najib.

Tarikh bicara sehari itu ditetapkan oleh Hakim Mohd Nazlan Mohd. Ghazali ketika sebutan kes itu. Bagaimanapun, tarikh bicara selanjutnya hanya akan ditetapkan kemudian.

Ia susulan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Ahli Parlimen Pekan itu menangguhkan perbicaraan kesnya.

Perbicaraan kes itu pada awalnya dijadualkan bermula 12 Februari sehingga 29 Mac ini tetapi ditangguhkan sebanyak dua kali selepas Mahkamah Rayuan pada 11 Februari dan 21 Mac lalu membenarkan permohonan penangguhan.

Pada 4 Julai tahun lalu, Najib, 66, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan tiga pertuduhan pecah amanah serta satu pertuduhan menyalahgunakan jawatan berhubung dana SRC.

Kemudian, pada 8 Ogos tahun sama, Najib sekali lagi didakwa atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama daripada dana sama milik SR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.