Bayar Cukai

Taknak Bayar Cukai? Bersedia Untuk Berdepan Dengan 4 Kesan Ini

Posted on

Taknak Bayar Cukai? Kita mungkin tertanya-tanya apa akan berlaku jika tidak membayar cukai yang telah ditetapkan. Ramai tahu bahawa proses pengisytiharan dan pembayaran cukai adalah proses yang mudah tetapi tidak semua orang mahu melakukannya.

Bagi kita yang telah mempunyai fail cukai dan ditolak sebahagian daripada gaji setiap bulan, pastinya kita nak cepat-cepat setel dan mendapat semula ‘refund’ sekiranya kita terlebih bayar cukai.

Walau bagaimanapun, cukai boleh menjadi rumit jika kita mempunyai bisnes bersendirian atau pun bekerja sendiri tetapi tidak pernah mendaftar cukai, apa lagi membayarnya. Sekiranya hal ini berlanjutan, pasti akan ada kesan perlu kita hadapi.

Jom kita tengok 4 kesan sekiranya kita taknak bayar cukai.

1. Hutang Cukai Akan Terus Bertambah

Jika kita memutuskan bahawa kita enggan membayar cukai pada tahun ini kerana bosan melakukannya, ia hanya akan merumitkan kehidupan kita. Dalam senario ini, kita akan dikenakan ‘bunga’ dan penalti kerana tidak membayar cukai.

Sesetengah penalti yang dikenakan adalah penalti bagi kegagalan untuk memfailkan cukai, kegagalan membayar cukai dan kegagalan membayar cukai dengan jumlah yang tepat.

2. Kena Penalti

Bagi mereka yang tidak membayar cukai, mereka mungkin akan dikenakan penalti jika sabit kesalahan. Penalti adalah denda bayaran yang cajnya adalah mengikut jumlah yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah.

Semakin banyak cukai yang tertunggak, semakin tinggilah penaltinya.

Baca lagi tentang Kesalahan, Denda dan Penalti di sini.

3. Berisiko Dikenakan Tindakan Mahkamah Atau Penjara

Kesan tidak membayar cukai juga menjadikan kita berisiko dikenakan tindakan mahkamah atau dipenjarakan di atas kesalahan tersebut. Harta benda serta semua barang peribadi kita mungkin akan disita oleh pihak kerajaan mengikut berapa banyak nilai cukai yang kita tak bayar.

4. Tidak Dapat Ke Luar Negara

Paling buruk lagi, kesan tidak membayar cukai juga membuatkan kita dihalang daripada keluar negara oleh Jabatan Imigresen. Sekatan perjalanan ini dikenakan ke atas individu atau pengarah syarikat yang gagal menjelaskan cukai pendapatan, cukai keuntungan harta tanah atau cukai korporat.

BACA : FOREX Trading Online – Fatwa Mana Yang Kata Harus?

Kalau nak keluar juga, kena jelaskan dulu tunggakan cukai. Semakan Sekatan Perjalanan boleh dibuat di sini.

Itulah antara kesan tidak bayar cukai ramai tak tahu. Memang amat buruk kesannya jika kita tidak membayar cukai.

Oleh itu, jom kita sama-sama menjalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia dengan membayar cukai bagi membangunkan negara.

BACA : 7 Langkah Mudah Nak Melabur Dengan Wahed Invest Modal Serendah RM100

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.