Kita sebagai manusia ada sifat ego yang sering menidakkan perkara yang terbuku didalam hati. Setuju tak?
Banyak perkara yang kita ketepikan kerana ego. Termasuklah bila bab disoal sedia atau tidak untuk berkahwin, berani kerat jarilah ramai yang kata ‘maaf, I belum bersedia’. Alah, poyolah, padahal memang dah tak sabar nak kahwin tapi malu takut dikatakan gatal.
Jika anda, seorang wanita yang sudah bekerja, plus dah ada teman lelaki kacak bergaya penuh dengan sifat bertanggungjawab, kasih sayang. Apa lagi nak ditunggu-tunggu? Inilah masanya untuk jerit ‘YES! I’M READY!!’
Kenapa anda sudah bersedia? Ini lah sebabnya…
Mula merancang pertemuan keluarga
Sedar tak sedar, anda dan si dia mula berbicara soal untuk temukan dua belah keluarga. Berkongsi tentang peranan keluarga masing-masing dan bilakah masa yang sesuai. Sebelum ini pun, anda juga pernah bersua muka dengan keluarga si dia. Jadi tidak timbul rasa jangga untuk menemukan kedua-dua keluarga. Kalau anda rasa okay, pasti begitu juga dengan keluargamu.
Berangan-angan tentang hari majlis
Setiap malam sebelum tidur, anda mesti tersengih seorang diri mengangankan diri anda sebagai seorang pengantin. Amboi yang ini sampai boleh ditegur rakan sebilik, dah macam kerang busuk sengihnya. Bayangkan, bila lafaz nikah telah dilafazkan, degupan jantung anda laju seperti sudah berada di saat itu. Kalau dah berangan sampai ke tahap itu, apa maksudnya? Tak sabar lah lettew nak kahwin!
Hanya berbual mengenai isu perkahwinan
‘nanti dah kahwin’, ‘nanti kena tinggal satu rumah’, ‘nanti bila nikah’. Wah, ada sahaja mengenai hal perkahwinan ingin dibualkan dengan pasangan. Tidak pun bila keluar bersama teman karib, isu perkahwinan pasti menjadi topik utama anda. Bermacam tips dan pantang-larang tentang alam perkahwinan anda cari di internet. Senang cakap separuh dalam kepala anda hanya soal kahwin sahaja.
Mempunyai simpanan untuk majlis
Bila wang ringgit bukan lagi masalah yang perlu anda fikirkan. Simpanan yang ada sudah cukup atau masih lagi ditambah-tambah seperti sedia kala. Penulis risau kalau anda terguna wang itu untuk perkara yang tidak berfaedah pula. Baik guna sebaik-baik dirancangnya. Hehehe~
Sudah mengenal pasti perancang perkahwinan atau butik pengantin
Pantang nampak posting butik pengantin atau baju pengantin di Facebook terus anda simpan di bahagian ‘saved’. Anda mula mencari lokasi majlis, bakal perancang perkahwinan dan pilihan jurusolek untuk andaman majlis nanti. Bila ditanya kenapa? Alasan senang nanti bila dah sedia semua dah lengkap.
‘Meroyan’ setiap kali bila berjauhan dengan si dia
Masalah..masalah..masalah.. Orang suruh kahwin, tak mahu. Bila kekasih kerja di luar kawasan mula lah moody sepanjang masa sampai rakan sepejabat pun kena tempias. Cukuplah dengan sikap mengada itu, bawalah ke fasa yang seterusnya. Nak meroyan ke, merengek ke orang akan faham, sebab rindu suami bukan kekasih.
Lebih baik anda mengaku, anda memang nak kahwin kan sekarang? Mulut tu kalau boleh tak payah beri alasan tak sedia lagi! Bosan okay!! (penulis beremosi)