Tarikh akhir permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) adalah pada Jumaat ini, menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini.
Justeru, LHDN menyeru Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan untuk mengisi borang permohonan dengan segera dan tidak menunggu sehingga tarikh akhir tersebut.
“ Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian di portal GKP yang disediakan oleh LHDN iaitu https://gkp.hasil.gov.my/. Permohonan secara manual tidak akan diterima.
Baca: Permohonan & Semakan Geran Khas Prihatin GKP (gkp.hasil.gov.my)
“LHDN akan memproses semua permohonan selepas 15 Mei dan pemohon GKP boleh membuat semakan status permohonan bermula pada minggu pertama bulan depan,” demikian menurut kenyataan itu.
LHDN turut memaklumkan bagi permohonan yang lulus, bayaran GKP dijangka dibuat pada hujung bulan depan.
“PKS mikro boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) GKP yang dimuat naik pada portal rasmi GKP untuk mendapatkan maklumat lanjut,” menurut kenyataan itu.