Tarikh Bayaran BSH Fasa 2 (Mac) & Tambahan BSH RM150 Seorang

Posted on

Berikut adalah tarikh bayaran BSH fasa 2 yang diawalkan dari bulan Mei ke bulan Mac 2020.

Untuk makluman, pembayaran telah pun bermula 16 Mac lepas.

Semakan Status pembayaran boleh dibuat pada Portal BSH > Menu Semakan Status Permohonan (Maklumat Pembayaran BSH 2020).Berikut merupakan paparan status pembayaran dan tindakan yang perlu diambil:

  • Dalam proses pengkreditan – Semak penyata akaun bank penerima bagi pembayaran mulai 16 Mac 2020
  • Tunai – Penunaian di BSN dengan membawa MyKad asal penerima apabila wujud Nombor Baucar pada semakan status

Selain itu, setiap penerima akan mendapat dana tambahan sebanyak RM100 secara tunai dan RM50 secara e-tunai yang akan dibuat pada bulan Mei nanti.

Perkara ini diumumkan pada pembentangan Pakej Ransangan Ekonomi 2020 sebentar tadi.

Ianya bertujuan bagi merangsang perkembangan ekonomi domestik yang sedikit terkesan akibat wabak Covid-19.

Kandungan

TARIKH BAYARAN BSH FASA 2 MAC 2020

Untuk makluman, setiap tahun pembayaran BSH akan dibuat pada bulan Januari, Mei dan Ogos.

BSH 2020 fasa 1 telah selesai dibayar pada 20 Januari lepas.

Manakala baki akan dibayar pada Fasa 2 yang diawalkan bulan Mac.

Kemaskini: Kami mendapat maklumat awal daripada ramai penerima BSH mengatakan bayaran BSH melalui BSN telah pun masuk ke akaun masing-masing. Kini kami sedang menunggu maklumat rasmi daripada LHDNM.

Tarikh pembayaran BSH fasa 3 masih belum diumumkan secara rasmi namun kami mengjangkakan ianya akan dibayar pada bulan Ogos memandangkan kerajaan telah menyediakan dana tambahan RM150 untuk setiap penerima BSH yang akan dikreditkan pada bulan Mei nanti.

Tarikh rasmi BSH fasa 2 masih belum diputuskan.

Kami akan kemaskini sebaik mendapat maklumat rasmi daripada portal LHDN atau Kementerian Kewangan.

PERMOHONAN BARU & KEMASKINI

Umum mengetahui permohonan baru / urusan kemaskini BSH telah pun dibuka pada 1 Februari sehingga tarikh tutup 15 Mac 2020.

Sekiranya anda layak, sila mohon secara online di portal rasmi bsh.hasil.gov.my

Atau secara manual di mana-mana kaunter LHDN berhampiran.

Kemaskini hanya perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat berikut:

  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

PAKEJ RANSANGAN EKONOMI 2020

Selain pengumuman tarikh BSH fasa 2, Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengumumkan beberapa maklumat penting.

Antaranya; pengurangan kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak empat peratus iaitu daripada 11 peratus kepada tujuh peratus.

Selain itu, kerajaan juga akan menyalurkan dana RM10 juta kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk menyediakan kemudahan simpanan makanan supaya harga dapat dikurangkan.

10,000 usahawan tempatan yang menjual produk dan barangan di platform e-dagang turut akan menerima geran sebanyak RM1,000.

Malah, peruntukan tambahan RM20 juta turut diberikan kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) bagi menaik taraf Pusat Internet Desa kepada hab e-dagang.

Untuk teks ucapan lengkap Pakej Ransangan Ekonomi 2020, anda boleh download di sini.

Join Telegram

One thought on “Tarikh Bayaran BSH Fasa 2 (Mac) & Tambahan BSH RM150 Seorang

  1. Bsh telah ditukarkan pada nama isteri saya.sebelum ni saya mengunaka bank bsn. tukar istri saya mengunakan hong liong bank taun lepas pasa petama saja saya dapat lepas tu sampai sekarang saya tak pernah dapat sedang kan surat sampai ke rumah duit telah di masukkan dalam akaun hong liong bank bila kemas kini tadak masuk pun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.