Tentera Maut Dipercayai Terjun Dari Tingkat Tiga, Polis Siasat Dakwaan Dibuli

Posted on

Seorang anggota tentera meninggal dunia selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan kediaman di sebuah kem tentera di sini pada 29 Ogos lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Muhammad Izzudin Runggai berkata kejadian itu mengakibatkan anggota tentera terbabit mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini.

“Mangsa meninggal dunia pada 2.30 petang semalam ketika masih menerima rawatan di Wad ICU itu. Bedah siasat akan diadakan hari ini bagi mendapatkan punca kematian mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Izzudin berkata siasatan diteruskan daripada semua aspek untuk mengenal pasti punca mangsa mengambil tindakan sedemikian (terjun dari bangunan).

“Polis juga akan mendapatkan kesahihan dakwaan anggota keluarga yang memaklumkan mangsa berkemungkinan dibuli dan didera ketika berada di dalam kem sebelum kejadian,” katanya.

Sebelum ini, kisah mengenai anggota tentera berkenaan tular di media sosial yang turut mendakwa mangsa dibuli dan didera.

Sumber: BERNAMA, Adin Rashid

Join Telegram

Huawei Watch Fit Hadir Ke Pasaran Malaysia – Berharga RM499

Huawei kini agak aktif dalam pengenalan peranti-peranti dibawah ekosistem mereka. Selepas mengumumkan sebuah tablet baru semalam, hari ini Huawei Malaysia turut mengumumkan pengenalan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Watch Fit.

Huawei Watch Fit hadir dengan rekaan muka jam empat segi, selain ditujukan untuk mereka dengan gaya hidup aktif.

Huawei mengatakan Watch Fit menyertakan lebih 96 mod bersenam berbeza, dilengkapi skrin AMOLED HD, serta ketahanan bateri sehingga 10 hari lamanya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan jam tangan pintar terbaru ini bermula 9 September 2020 pada harga RM499 sebuah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.