Terbaru Skim Pinjaman Tanpa Faedah 2018 Untuk Usahawan Luar Bandar ( Kuala Krai )

Posted on

Skim Pinjaman Tanpa Faedah

Objektif

Skim pembiayaan / Pinjaman tanpa faedah 2018 ini adalah satu usaha @ konsep pinjaman untuk membantu usahawan-usahawan yang berniaga di lokasi luar (cth:Kuala Krai,dll) dan pesisir bandar (usahawan desa) berlandaskan konsep Al-Qardhul Hassan.

Skim pinjaman tanpa faedah ini boleh digunakan bagi membiayai kos permulaan perniagaan dan pengembangan perniagaan termasuk pembelian peralatan dan jentera, kos ubah suai premis dan  kos pembelian bahan mentah.

Tempoh pembiayaan :

Untuk jumlah pembiayaan kurang daripada RM250,000, tempoh maksimum ialah 5 tahun
Bagi pembiayaan melebihi RM250,000, tempoh maksimum ialah selama 7 tahun

* Termasuk tempoh tangguhan selama 6 bulan.

Jumlah pembiayaan minimum : RM20,000
Jumlah pembiayaan maksimum : RM500,000

* Untuk pembiayaan membabitkan permulaan perniagaan, jumlah maksima boleh dipertimbangkan ialah
tidak lebih daripada RM50,000.

Konsep Pembiayaan Berasaskan Syariah:

Al-Qardhul Hassan merujuk kepada pembiayaan tanpa faedah dan peminjam hanya membayar jumlah
pokok dan kos berkaitan lain yang ditentukan peminjam.
Tiada caj keuntungan dikenakan.  Akan tetapi, agensi pelaksana iaitu Bank Rakyat akan mengenakan caj
perkhidmatan sebanyak 5% setahun. Walau bagaimanapun, caj ini mungkin boleh diabaikan dengan adanya
geran sebanyak 30% daripada jumlah pembiayaan, tertakluk kepada terma dan syarat.

Syarat kelayakan

1. Perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera seperti enterpris, perkongsian, syarikat persendirian
yang beroperasi di luar bandar.
2. Umur maksima pemohon ialah 60 tahun (pemilik tunggal). Bagi pemohon yang berumur lebih
daripada 55 tahun pada tempoh permohonan, seorang penjamin diperlukan.
3. Merupakan usahawan sepenuh masa (pemilik tunggal dan rakan kongsi).
4. Mendapat kelulsan perniagaan daripada majlis perbandaran.
5. Memiliki lesen perniagaan yang sah.
6. Mempunyai premis tetap untuk operasi perniagaan.

Prosedur permohonan

  • Permohonan hendaklah dihantar terus ke Bank Rakyat

Laman web :   BankRakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.