Menerusi sidang media yang dijalankan, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan bahawa kes kematian Covid-19 setakat ini mencecah kepada 19 orang.
Kes kematian ke-18 adalah pesakit ke 1,625 lelaki warga tempatan berumur 56thn dan mempunyai penyakit kronik. Dirawat Hosp Sultan Ismail, Johor. Meninggal dunia 23 Mac 2020 jam 2 pagi.
Kematian ke-19 ialah kes 1,246, wanita tempatan berumur 68thn. Beliau dirawat di Hops Sultanah Nora Ismail pada 19 Mac 2020 dan neninggal dunia 25 Mac 2020 jam 12.53 pagi.
Takziah daripada KKM kepada keluarga yang terlibat.
TERKINI: Jumlah kematian akibat #COVIDー19 di Malaysia setakat ini ialah 19 orang.
The number of deaths in Malaysia is now 19.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 25, 2020
Robot Vakum ILIFE Ditawarkan Pada Harga Serendah RM359 Pada 27 Mac Ini
Penggunaan robot di rumah bukan lagi fiksyen sains siri kartun The Jetsons. Ia mungkin tidak kelihatan seperti manusia tetapi robot vakum telah digunakan secara meluas di negara kita hampir setengah dekad. ILIFE ialah antara syarikat yang menjual beberapa robot vakum mereka di Malaysia. Sempena ulang tahun ke-8 Lazada pada 27 Mac kelak mereka akan menawarkan beberapa robot mereka pada harga runtuh.
Antara tawaran menarik ialah LIFE W400 Floor Washing Robot yang biasanya dijual pada harga RM2208 akan ditawarkan pada harga serendah RM849 sebuah. Robot ini bukan sahaja mempunyai kemampuan sebagai penyedut hampagas malah boleh melakukan mengemop lantai yang kotor,
Model yang paling mampu milik mereka iaitu ILIFE V58 Robot Vacuum Cleaner yang biasanya dijual pada harga RM996 akan ditawarkan pula pada harga serendah RM359 sebuah. Selain dua model ini, tiga model lain iaitu V55 Pro, V7s Plus dan V8s turut ditawarkan pada harga lebih mampu milik bersama dengan vakum konvensional nirwayar H50.
Produk-produk ILIFE di atas akan hanya ditawarkan pada harga menarik ini bermula tengah malam sehingga 2 pagi sahaja pada 27 Mac. Memandangkan ramai di kalangan anda kini duduk di rumah dan tidak perlu ke pejabat, bersengkang mata untuk tawaran menarik tidak mendatangkan masalah.