Selepas berita kes jangkitan warga tempatan positif koronavirus disahkan KKM sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah mengesahkan kes ke-10 positif koronavirus yang menjangkiti seorang lelaki dari Wuhan sudah sembuh sepenuhnya.
Menurut Noor Hisham, pesakit sebelum ini diisolasi di wad Hospital Kuala Lumpur dan menerima rawatan bagi gejala (sympthomic treatment) diberikan tanpa ubat antiviral.
2 kali ujian koronavirus pada 7 dan 8 Februari telah disahkan negatif. Pesakit telah dibenarkan pulang petang ini, tambahnya lagi.
Kes 10 positif 2019-nCoV, lelaki dr Wuhan China, 63 tahun yg dirawat di wad isolasi HKL telah pulih sepenuhnya. Rawatan bagi gejala (symptomatic treatment) diberikan tanpa ubat antiviral. 2x ujian nCov pd 7 & 8 Feb adalah NEGATIF. Pesakit dibenarkan pulang ptg ini. Alhamdulilah pic.twitter.com/ayYLK4ULfx
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 9, 2020
Sumber: Datuk Noor Hisham Abdullah