Boleh dikatakan populariti pelakon Mira Filzah semakin melonjak naik dan antara selebriti wanita yang menjadi perhatian ramai terutama kaum lelaki. Apa saja yang dikongsikan pasti akan tular dan menjadi bualan netizen.
Sebelum ini, Mira berkata sudah cukuplah dengan dengan ungkapan “baby sayang” yang dipopularkan olehnya secara tidak sengaja itu.
Menurut Mira, dia mengakui tidak selesa apabila dirinya menjadi perhatian disebabkan perkara viral berkaitan dirinya. Katanya lagi, perkara tular mengenai dirinya adalah diluar kawalan.
“Sebagai contoh, macam ungkapan ‘baby sayang’ itu, saya hanya menjawab persoalan peminat sahaja tapi bila orang potong video itu, ia jadi sesuatu.
“Bagi saya, kalau lagi ramai yang suka kita pastinya akan ada ramai juga yang tidak sukakan kita. Ini semua persepsi bermacam-macam orang.
“Terlalu viral sangat pun buat saya rasa tidak selesa, tetapi saya tidak boleh nak kawal setiap orang kan,” katanya kepada Kopi Planet.
Dalam pada itu, Mira berkata dia akan lebih berhati-hati dengan apa yang akan dikongsikan di media sosial.