Larangan Had Masa Pergerakan

Tiada Lagi Larangan Had Masa Pergerakan Untuk Keluar Semasa PKPB- Menteri

Posted on

Tiada lagi larangan had masa pergerakan untuk keluar dikuatkuasakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan wartawan yang bertanya mengenai larangan untuk kenderaan persendirian berada di atas jalan selepas 10 malam dalam sidang media sebentar tadi.

”Dari segi pergerakkan sudah dibebaskan, antara daerah ke daerah sebagainya telah pun dibebaskan. Jadi tiada had dari segi jangka masa untuk keluar, tidak ada. Di dalam peraturan baru tidak ada,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail menambah, mengenai perjalanan pulang ke bandar atau sebaliknya, bagi kenderaan sendiri ia telah pun ditetapkan tetapi kenderaan awam, ia masih dalam kajian terperinci pihak polis.

“Sebab pergerakan antara negeri masih tidak dibenarkan, oleh itu, kenderaan awam seperti bas ekspres tidak ada.

“Saya percaya pihak polis akan melihat perkara ini lebih detail bagaimana nak menyelesaikan isu berkaitan mereka yang ingin pulang ke kampung menggunakan kenderaan awam serta mereka yang ingin balik pada 7 hingga 10 hari bulan,” katanya dalam Sidang Media Harian PKP secara langsung, hari ini.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada minit 24.20.

Sumber: RTM

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.