Kali terakhir angkasawan bernama Jessica Meir, Andrew Morgan dan Oleg Skripochka berada bumi, kehidupan mereka dan semua orang seperti biasa sahaja. Tiada kekalutan dan perkara-perkara aneh yang berlaku.
Setelah 200 hari mereka memulakan perjalanan ke angkasa lepas, ketiga-tiga angkasawan itu telah mendarat di Dzhezkazgan, Kazakhstan pada Jumaat lepas.
Menerusi kiriman di Twitter, NASA memuatnaik video mereka menyambut ketibaan ketiga angkasawan itu.
Home safe and sound. 🌍
Today's landing wraps up a 205-day mission for both @Astro_Jessica and Oleg Skripochka and a 272-day mission for @AstroDrewMorgan. Welcome home!
Watch live as the space travelers are helped out of their vehicle: https://t.co/0A4ev0XgBq pic.twitter.com/4ZkpnJ8OhE
— NASA (@NASA) April 17, 2020
Namun, keadaan di bumi ini sudah tidak sama lagi seperti keadaan sebelum mereka berlepas ke angkasa. Wabak Covid-19 nyatanya memberikan banyak perubahan kepada alam ini. Walaupun mereka mengetahui akan berita wabak ini, namun tidak dapat memastikan keadaan yang sebenar berlaku di bumi.
Dalam sidang media minggu lalu, Meir dan Morgan berkata bahawa mereka terus mengikuti perkembangan virus itu di bumi dengan hanya ‘melihat’ dari jauh.
“Kami boleh menonton berita di sini dan menghubungi keluarga dan rakan-rakan.
“Namun, dari sini, sukar untuk memahami apa yang telah berlaku dan bagaimana kehidupan akan berbeza ketika kami kembali,” kata Morgan.
Namun, setelah mendarat di bumi, pastikan ketiga-tiga angkasawan ini akan memahami keadaan yang sebenar selepas wabak pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia.
Dengan adanya Covid-19, NASA telah meluaskan lagi prosedur pasca pendaratan.
“NASA akan mematuhi saranan CDC mengenai kawalan jangkitan bagi koronavirus sesuai dengan ketibaan Andrew Morgan dan Jessica di bumi dan memulakan tempoh ujian perubatan dan penyesuaian semula pasca penerbangan mereka,” kata jurucakap di Pusat Angkasa Johnson NASA, Courtney Beasley.
Menerusi satu kiriman di laman Twitter Jessica Meir, dia berkongsikan foto pandangan dari angkasa terhadap kawasan mendarat pada hari Jumaat.
Lake Balkhash #Kazakhstan isn’t all that far from where we’ll be landing in our #Soyuz on Friday . . . daydreaming about what it’ll feel like to be immersed in water again. . .#EarthArt pic.twitter.com/qIWCdLKv28
— Jessica Meir (@Astro_Jessica) April 14, 2020
Sumber:CNN