Tips : 6 Langkah Membayar Bil Menggunakan JomPAY di Maybank2u

Posted on

Memandangkan kini JomPAY kini menawarkan peluang untuk memenangi hadiah BMW 1 Series dan pembayaranbil percuma kepada pengguna yang menggunakan sistem ini. Sebenarnya ini merupakan promosi JomPAY selama 100 hari bermula dari 28 April 2016 hingga 31 Ogos 2016. Sepanjang tempoh ini anda yang menggunakan sistem pembayaran bil ini akan berpeluang menjadi calon sebagai pemenang kereta atau bil percuma selama setahun.

Siapa JomPAY ini? Rasanya saya pon tak pasti hahahaha, kalau tak salah dia merupakan satu perkhidmatan dibawah anak syarikat Bank Negara yang dinamakan MyClear. MyClear ini antara produk dia adalah FPX dimana kalau sapa selalu guna untuk pembelian online banyak syarikat gunakan perkhidmatan ini untuk interbank payment dalam sistem pembayaran mereka. FPX menawarkan caj yang lebih rendah berbanding lain lain penyedia perkhidmatan pembayaran seperti MOL, IPAY. So, JomPAY adalah produk seterusnya untuk disasarkan kepada pengguna.

JomPAY ini boleh digunakan oleh di semua 42 bank yang ada di malaysia dan jumlah penyedia perkhidmatan yang menggunakkan sistem dan membolehkan kita membayar bil kini dah makin banyak, ini termasuk bayar zakat dan bayar yuran pengajian. Saya banyak menggunakan Bank Maybank dan Bank Islam untuk membayar bil di JomPAY. Namun tak jadi habit sangat sebab bayar bil di JomPAY pengiraan treatpoint/mata ganjaran bank tidak dikira. Itu rugi sikit.

So saya ingin berkongsi macam mana nak menggunakan JomPAY di Perbankan Internet Maybank2u.

  1. Kena login la dulu di Maybank2u kalau tak ada kat pintu luar la

2. Kemudian hangpa semua akan dibawah ke main page macam ni dan klikkan pada Account and Banking. Kat situ usha sikit baki kat account ada duit ke tak.

3. Dah masuk ke account and banking tuh lihat di menu sebelah kiri

4. Then bila dah masuk tengok kat mainpage dia ada tulis JomPAY (seperti kat gambar) klikkan kat situ

5. Bila kat situ hangpa boleh buat pembayaran dengan memasukkan kod bil anda dan nombor rujukan. Nombor rujukan ini kebanyakannya adalah nombor akaun anda.

6. Hangpa kalau nak mudah takyah tengok bil terus daftarkan semua bil hangpa kat situ. So bulan depan takyah terkial-kial nak taip banyak banyak.

Kan dah mudah tapi diingatkan sekali lagi bagi pengguna Maybank2u yang bayar bil guna JomPAY takda mata ganjaran dikira. Kalau bertuah boleh dapat hadiah BMW 1 Series, lagi besar dari Honda Civic 2016. Selamat berjaya. Apapun bil kena bayar juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.