Tips Khatam Al-Quran Dalam Masa 30 Hari Sepanjang Bulan Ramadhan

Posted on

Ramadhan, raja segala bulan yang di dalamnya terdapat seribu hikmah. Bulan suci yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam yang mahu mengejar fadilat di bulan mulia ini. Selain dari berpuasa, pastinya ramai Muslim yang berlumba-lumba untuk melakukan ibadat sunat untuk memperolehi pahala berganda.

Salah satu daripadanya adalah dengan membaca Al-Quran. Telah menjadi impian semua umat Islam untuk menghabiskan bacaan apatah lagi dapat mengkhatam Al-Quran dalam tempoh 30 hari sepanjang bulan Ramadhan. Justeru kami kongsikan antara cara yang boleh anda buat untuk merealisasikan bacaan 30 juzuk dalam tempoh 30 hari.

Ini adalah antara cara untuk mengkhatamkan Al-Quran dalam bulan Ramadhan (30 Hari) :

1. Tetapkan target anda iaitu menyelesaikan bacaan 1 Juzuk setiap hari dan dilakukan secara berterusan dalam tempoh 30 hari.

2. Baca Al-Quran dalam 4 hingga 5 muka surat sebelum dan sesudah solat (5 waktu). Ini kerana kitab mulia Al-Quran mengandungi 604 muka surat, jika dibahagikan kepada 30 hari, ini bermakna anda hanya perlu membaca 20 helai muka surat setiap hari. Jika dapat baca lebih dari itu lebih baik.

3. Luangkan masa lapang anda untuk membaca Al-quran. Contohnya ketika waktu rehat tengahari, ada boleh ambil sedikit masa untuk ‘menambah’ helaian bacaan anda.

4. Pastikan anda mencatat helaian muka surat yang sudah dibaca.

5. Yang paling penting adalah niat anda untuk mengkhatam Al-Quran. Jika sudah berniat ke arah benda yang baik, Insyallah Allah akan selalu membantu dan mempermudahkan. Tapi dalam masa yang sama, pastikan anda berusaha untuk capai target anda khatam Al-Quran dalam masa 30 hari.

Cara Khatam Al-Quran 2 Kali Sebulan

Untuk membolehkan anda menghabiskan 30 juzuk Al-Quran sebanyak 2 kali dalam sebulan, anda hanya perlu membaca 8 helai muka surat setelah selesai solat fardu (5 waktu)

Cara Khatam Al-Quran 3 Kali Sebulan

Manakala jika anda mahu khatam sebanyak 3 kali dalam sebulan, anda boleh membaca 12 helai muka surat Al-Quran setiap waktu solat.

Sumber : Dalam Islam

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.