Tips Lantai Bilik Air Cantik Berkilat| Kebiasaannya jubin dalam bilik air akan cepat kotor dan berkulat disebabkan selalu terdedah kepada air. Mencuci kotoran pada jubin juga bukanlah satu pekerjaan yang mudah lebih-lebih lagi jika kotoran yang jenis melekat. Tetapi, jika tidak dibersihkan, permukaan jubin akan kotor sekiranya tidak dibersihkan dan akan menyebabkan berasa kurang selesa.
Pelbagai tips yang disiarkan kepada pengguna lebih-lebih lagi kepada orang yang sibuk dan tidak ada masa untuk membersihkan bilik air.
Tips Lantai Bilik Air Cantik Berkilat
Antara barang yang diperlukan, seperti :
- Kain microfiber/ tuala kertas/ tisu bagi setiap satu seperti cermin, tandas, sinki dan sebagainya.
- Pembersih kaca dan cermin
- Pembersih pembasmi kuman
- Serbuk penaik
- Pembersih tandas
- Tong sampah kosong untuk tisu kotor
- Troli atau dulang untuk letak sabun, syampu dan sebagainya
BACA: Cara-Cara Menjimatkan Air Di Rumah
Ini antara tips mudah supaya bilik air kelihatan bersih.
- Mulakan dengan sembur pada permukaan cermin dan lap dengan menggunakan kain microfiber. Tujuan menggunakan kain microfiber supaya tiada kesan calar pada permukaan cermin. Seterusnya, bersihkan setiap permukaan tandas dan singki dengan menggunakan pembersih pembasmi kuman.
- Lap setiap permukaan sinki, tandas dan tab mandi. Gunakan kain atau tuala kertas yang berasingan untuk setiap permukaan tersebut bagi mengelakkan pencemaran.
- Tuangkan sedikit serbuk penaik yang dicairkan dengan air pada setiap salur air. Cara ini dapat mengelakkan berlakunya lubang tersumbat.
- Akhir sekali, pastikan tong sampah kosong diletakkan untuk buang sampah atau tisu kotor.
Walaupun kedengaran leceh atau memerlukan masa, tetapi jika sering lakukan setiap minggu, percayalah kerja pembersihan hanya dibuat tidak sampai 15 minit.
Sumber : BetterLifeHacks