Raya dah dekat, macam mana persiapan anda? Menjelang hari raya, tak sah kalau tak buat persiapan membersih dan menghias rumah. Kekemasan dan kecantikan rumah seakan sudah menjadi ‘rukun’ kelengkapan menyambut perayaan.
Tapi bagi anda yang mempunyai anak kecil, mungkin pernah teruji kesabaran bila dinding rumah comot gara-gara menjadi ‘kanvas’ seni si anak. Stress bagi sebahagian ibu bapa, namun ia adalah perkara normal dalam kalangan si kecil dan merupakan sebahagian daripada proses penting untuk merangsang kreativiti mereka.
Jadi, anda tak perlu risau. Di samping mengecat semula rumah dengan cat baru yang agak mahal, anda boleh memadamnya menggunakan bahan yang boleh didapati di pasar raya sahaja. Jom kita baca tips oleh Sharifah Hanim Syed Aslom melalui Nawal Huder untuk bersihkan contengan pada dinding rumah.
Cuci Contengan Anak
Anda hanya memerlukan span, Cream Cif dan air sahaja untuk membersihkannya. Apa yang perlu anda lakukan adalah, tonyoh dinding menggunakan span dengan Cream Cif sehingga kesan ‘lukisan’ tanggal. Kemudian, lap sisa dakwat dan kotoran menggunakan air sehingga bersih.
Hasilnya, dinding rumah anda akan bertukar menjadi lebih bersih berbanding sebelumnya.
Cara hilangkan contengan2 di dinding ✨
Ambil cream cif, letak kat sponge hijau tu, tonyoh dinding.
Then dah habis tonyoh, bilas sponge dengan air bersih and lap bersih.
Tadaaaaa you have a clean wall! pic.twitter.com/G9ZuVJHevt
— Nawal jual Cuckoo 🌿👑 (@nawalhuder) May 20, 2020
Menurut pengalaman Sharifah, bahan tersebut berkesan untuk menanggalkan contengan pada dinding yang menggunakan cat standard. Jadi, jika rumah anda tidak menggunakan cat khas yang kalis dakwat, anda tak perlu risau. Tips ini mungkin boleh membantu anda.
Tambahnya, bahan itu boleh menghilangkan kesan contengan pensil warna dengan mudah, namun untuk pen dan marker dakwat kekal, tugas menjadi agak sukar.
Bagaimanapun, kesan dakwat marker tetap boleh dikurangkan dengan signifikan agar dinding kelihatan lebih baik dari sebelumnya.
Tips Cuci Contengan Anak ini sesuai untuk anda cuba untuk mendapatkan hasil ketara dalam masa yang singkat berbanding proses mengecat. Jadi apa tunggu lagi? Gunakan tips ini untuk bersihkan contengan pada dinding rumah anda. Tak perlu gusar, rumah anda akan lebih bersih menjelang hari raya yang bakal tiba.
Sebelum
Selepas
Sumber: Sharifah Hanim Syed Aslom (Nawal Huder)