PELAKON, Ardell Aryana berharap agar masyarakat dan netizen dapat melayannya seperti orang yang sihat dan pintanya, dia tidak mahukan simpati.
Ardell, 28, berkata, dengan peluang itu dia berharap dapat berjalan seperti biasa dikhalayak umum dan membeli belah serta bekerja semula.
“Saya memang berharap sangat orang semua tak layan saya sebagai seorang pes*kit.
“Tolonglah jangan simpati sebab saya tak nak, tolong anggap saya ini seperti orang yang normal. Bukan pes*kit, sebab saya tak ingat dan saya nak sihat,” ujarnya sambil menangis.
Sebelum ini difahamkan, Ardell menderita peny*kit k*nser tahap tiga, namun setelah mendapatkan tuan badan sendiri ketika ditemui pada malam tayangan perdana XX RAY 3 juga selaku pelakon utama, Ardell berkata, ia biarlah menjadi hal peribadinya.
“Tak semua saya boleh share dekat semua orang. Apa yang boleh saya katakan di sini doakan buat kesihatan saya agar dipanjangkan umur.
“Sekarang ini saya sihat Alhamdulillah dan sudah boleh berjalan, cuma tidak sebelum ini yang mana saya boleh berlari seperti bermain futsal dan aktiviti lasak,” katanya.
Ardell yang kelihatan susut pada susuk tubuhnya turut mendedahkan sebelum ini dia mengalami penurunan berat badan separuh daripada berat asalnya, 46 kilogram.
“Hilang 27kg tahun lalu selepas birthday bulan Mei. Separuh sebab saya tak pernah tengok sebenarnya dan tulang di dada terkeluar baru sedar.
“Sebelum ini makin lama berat makin jatuh, ditambah pula tekanan soalan daripada warganet. Tapi sekarang sudah naik semula 30kg.
“Adik beradik dan keluarga sahajalah berada di samping saya. Masa tak ada selera makan mak adik beradik berusaha bagi semua makanan kegemaran saya. Sampaikan nak hirup sesudu sup pun saya tak boleh.
“Mereka juga tak malu tolak saya ketika duduk di kerusi roda.
“Sehinggakan saya berkurung tiga bulan dalam bilik sebab saya malu dengan diri yang adakah aku tak lama lagi akan jadi orang kurang upaya? Tak boleh berjalan…,” luahnya sebak.
Ardell juga tidak menafikan bahawa pelakon Nadzmi Adhwa antara sahabat paling rapat ketika dia sihat dan s*kit.
“Saya hargai sangat dengan Ety dan Adhwa. Mereka berusaha berikan semangat. Adhwa paling rapat dengan saya dan tahu tentang perkembangan kondisi saya.
“Masa sihat ramai kawan, masa s*kit dialah sahabat yang betul-betul ada. Tak malu, datang rumah buat saya cuba ada mood bagi semangat. Sampaikan ajak saya terlibat dalam MV Wanita Ku,” ujarnya tersenyum.
Mengenai pembabitan filem XX Ray 3 arahan Aziz M.Osman, selain Ardell, antara barisan pelakon utama lain seperti Nonny Nadhirah dan Izzue Islam.
Sumber : SinarHarian