TPM Wan Azizah Luahkan Rasa Sedih Dan Ini Sebabnya

Posted on

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan kesedihannya susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Kerajaan menghormati keputusan Sultan Muhammad V yang meletakkan jawatan sebagai Yang Di-Pertuan Agong.

Beliau berkata ini kerana tuankulah yang berkenan memberi pengampunan penuhkepada suaminya Anwar Ibrahim.

Namun beliau berkata kerajaan menghormati keputusan itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau sendiri agak sedih dengan keputusan itu namun ia perlu diterima dan dihormati.

“Kita menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong.

“Namun saya sedih kerana ketika kita (mula) memerintah, tuanku adalah Agong ketika perdana menteri (dan anggota kabinet) mengangkat sumpah ketika pertukaran kerajaan yang bersejarah.

“Agong juga yang memberi pengampunan kepada suami saya,” katanya kepada pemberita ketika program di Universiti Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur malam ini.

Peletakan jawatan Sultan Muhammad V diumumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz menerusi kenyataan media Istana Negara petang tadi.

Ketika ditanya sama ada kerajaan tahu tentang perkara itu, Wan Azizah berkata mereka hanya dimaklumkan melalui kenyataan tersebut.

“Ke Bawah Duli meletakkan jawatan dan kita menghormati keputusan Ke Bawah Duli Tuanku. Namun saya rasa sedih kerana Ke Bawah Duli menjadi Yang Di-Pertuan Agong apabila kita menukar kerajaan dan Majlis angkat sumpah Perdana Menteri.

“Ia merupakan sejarah,” katanya ketika ditemui media selepas hadir pada Maljis Penutup Persidangan Makmal Kemanusiaan 2.0 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada Ahad.

Sultan Muhammad V – Sultan Kelantan ke-29 – ditabal menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 13 Disember 2016, menggantikan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dari Kedah.

Anwar sebelum ini menjalani hukuman penjara sehinggalah diberi pengampunan penuh oleh Sultan Muhammad V pada 16 Mei, seminggu selepas Pakatan Harapan (PH) menang PRU ke-14.

Malah jelas Wan Azizah, bagindalah yang telah memberi pengampunan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik kerajaan Pakatan harapan mengambil alih tampuk pemerintahan.

Kenyataan Wan Azizah ini merupakan respon pertama bagi pihak kerajaan selepas pengumuman yang mengejutkan seluruh negara oleh Sultan Muhammad V yang meletakkan jawatan baginda selaku Yang Di-Pertuan Agong.

Sementara itu, Wan Azizah berkata, lawatannya ke Cameron Highlands pada 3 Januari lalu adalah bagi memberi mandat kepada pelaksanaan Operasi Gading (Op Gading) 5 yang bermula pada 1 Januari lalu hingga 31 Disember depan.

Katanya, lawatan itu adalah susulan daripada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 27 Disember tahun lalu, yang membincangkan mengenai operasi berkenaan.

“Pada mesyuarat itu, kerajaan negeri memohon agar kita sambung pelaksanaan Op Gading untuk mengatasi isu pencerobohan tanah di Cameron Highlands, yang sebelum ini menyebabkan kejadian tanah runtuh sehingga meragut nyawa.

“Ia bukan tentang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highland, penamaan calon pun belum lagi. Kami kena terus bekerja sebagai kerajaan,” katanya.

Beliau menjawab kenyataan BERSIH 2.0 yang menyifatkan lawatan dan program beberapa Menteri dan Ahli Parlimen kerajaan di Cameron Highlands sebelum tempoh berkempen PRK di situ secara prinsipnya adalah salah.

Sumber : Astro Awani, Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.