Ketumbuhan dalam rahim sememangnya menjadi salah satu dari penyakit yang perlu diberi perhatian kerana ia menjadi ‘pembunuh senyap’ bagi golongan wanita.
Tidak dapat dinafikan bahawa penyakit tersebut seringkali dialami oleh golongan wanita yang berusia dalam 40 tahun ke atas namun pendedahan oleh Dr Hamid Arshat ini perlu dijadikan sebagai pengajaran.
Ternyata, ramai juga wanita dalam golongan muda yang mengalami ketumbuhan di dalam rahim.
DOAKAN PESAKIT SAYA INI SEMBUH SEGERA
SEMAKIN RAMAI WANITA MENGALAMI KEROSAKKAN RAHIM PADA UMUR MUDA.
1. Penyakit tumbuhan dalam rahim, Fibroids dan adenomyosis, pada suatu ketika dulu menimpa wanita2 umor 40an tahun.
Zaman sekarang dalam umor 20an tahun pun sudah mengidap penyakit tersebut. Malah ada yang amat besar tumbuhan tersebut.
2. Bagi adenomyosis, tanda pertama ialah senggugut, sering ia didahului dengan penyakit endometriosis.
Dalam endometriosis, tisyu2 darah haid (endometrium) tumbuh diluar rahim. Adenomyosis tisyu2 tersebut tumbuh dalam otot rahim.
Tanda2 lain ialah perdarahan yang banyak dan/atau berpanjangan.
Gejala2 ialah sukar hamil, mandul dan sering gugur.
3. Fibroids pula sering tiada tanda, tiada gangguan atau gejala. Malah ramai wanita yang Hamil dan melahirkankan anak tanpa gangguan.
Banyak yang dikesan secara kebetulan waktu pemeriksaan untuk tujuan lain.
Ada juga yang mengalami perdarahan, kesakitan, keguguran, sukar hamil, gangguan2 kencing dan buang najis.
4. Kedua2 jenis tumbuhan tersebut ada faktor baka, ertinya jika emaknya mengidap penyakit tersebut, anak2 perempuan ada risiko. Berwaspada.
5. Jika anak2 gadis mengalami senggugut, gangguan perdarahan dan edaran haid, elok buat ultrasound scan perut untuk kesan masalah peranakkan dan ambil langkah2 awal untuk mengawal dan mencegah.
6. Ajar, pupuk dan sematkan tabiat makan yang baik sejak dari kecil lagi.
Penting sangat makanan2 yang berzat dan berkhasiat. Paksa makan sayur2 dan buahan.
Kawal dan cegah makan fast dan junk food. Ramai ibu2 ambil jalan mudah bila anak2 menangis, merengit atau merajuk mereka pujuk dengan memberi junk food.
Kesan buruk ialah kegemokkan anak dan kelemahan immunity anak2 menyebabkan mereka ditimpa berbagai2 penyakit.
MARI KITA AMALKAN TABIAT MAKAN YANG TERBAIK. MULAKAN DARI ANAK2 KECIL.
Dr Hamid juga ada berkongsikan pelbagai maklumat serta ilmu berkaitan ibu mengandung dan pembesaran kanak-kanak melalui MommiBuddy untuk rujukan orang ramai.
Sumber: Dr Hamid Arshat