Bila sebut sahaja ‘Uncle Kentang’ atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng, rata-rata daripada kita pasti mengenali aktivitis masyarakat itu yang memang terkenal dengan usahanya membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.
Terbaharu, Uncle Kentang melalui laman facebooknya menyediakan can jenazah percuma untuk umat islam. Menariknya, van tersebut diletakkan di kedai mamak yang beroperasi 24 jam dan mereka yang memerlukan boleh terus mengambilnya di situ.
Mereka hanya perlu mengisi nama dan nombor telefon sebelum mengambil kunci yang telah disediakan di kedai tersebut.
VAN JENAZAH DI GANTUNG…..KITA KAWTIM KEDAI MAMAK 24 JAM.
Kunci Van jenazah ada sedia di gantung 24 jam di kedai mamak Sultan , Jalan PU 7/4, Taman Puchong Utama, Puchong. Tak payah cari merata.
KAU DAN KITA SEDIAKAN 24 JAM. MINYAK PENUH. AMBIL BUKU TULIS NAMA DAN HANDPHONE DAN KEDAI MAMAK AKAN BERI KUNCI. PERMUDAHKAN. MINYAK VAN SENTIASA PENUH. FULL.
Ia sedekah dari orang ramai. Ia bukan van saya. Kita permudahkan bukan menyukarkan untuk dapatkan Van. TUHAN JADIKAN KEDAI MAMAK 24 JAM. KITA GUNA PAKAI KEDAI MAMAK ITU UNTUK PERMUDAHKAN URUSAN ORANG MATI. Tak payah ketuk pintu sana sini cari kunci Van.
Lepas ambil mesej saya 018 2683999. KALAU MASA NAK BALIK DUIT MINYAK TAK ADA, BERITAHU SAYA, SAYA AKAN MASUKKKAN WANG UNTUK DUIT MINYAK.
Tetapi jangan tipu sudahlah. Mesti ada jenazah dan permit kubur.
Sumber: Kuan Chee Heng