Ustaz Ebit Lew Sedekah 200 Tilam & Kelengkapan Lain Untuk Warga Penjara Yang Dikuarantin

Posted on

Siapa yang tidak kenal dengan hati budi yang baik seorang pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang banyak memberi sumbangan kepada orang ramai. Tambah-tambah lagi, dengan musim pandemik Covid-19, ramai yang memerlukan sumbangan termasuklah golongan barisan hadapan.

Terbaharu, menerusi kisah yang dikongsikan di laman Facebook beliau memberi sumbangan ikhlas kepada petugas-petugas di dua buah penjara di Kedah.

Menurut perkongsian tersebut, beliau memberi sumbangan kepada 200 petugas di penjara Alor Setar dan Pokok Sena iaitu tilam, bantal, tuala serta cadar. Bukan itu sahaja, beliau juga memberi sumbangan face shield sebanyak 2000.

Sayu rasa. Pagi ini saya dapat surat dari Penjara HQ dan Penjara Pokok Sena memohon bantuan untuk warga penjara untuk mereka yang dikuarantin. Terus bergegas belikan dan uruskan lori untuk penghantaran ke penjara. Saya doakan lori bantuan selamat sampai. Saya tak kesana.

“Kita semua sebuah keluarga”

Syukur selesai dapat belikan keperluan untuk 200 orang. 200 tilam. 200 bantal, tuala dan cadar. Kipas 10 biji. Face shield 2000 pcs. Barang-barang makanan dan barang asas.

“Ya Allah selamatkanlah dan permudahkanlah buat warga penjara Pokok Sena dan Alor Setar. Ya Allah selamatkan saudara kami di seluruh Sabah. Selamatkanlah kami semua ya Allah. Semua saudara kami yang sakit sembuhkan. Yang dijangkiti pulihkan. Yang kehilangan keluarga tersayang beri kekuatan kesabaran. Buat petugas negara barisan hadapan terus kuat dan diberi kekuatan.”

Sumber: Ustaz Ebit Lew

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.