Vaksin CanSino

Vaksin CanSino untuk Kelantan, Orang Asli

Posted on

Kerajaan akan membekalkan vaksin CanSino kepada Kelantan dan kawasan pedalaman termasuk penempatan Orang Asli.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata kerajaan dijangka menerima bekalan vaksin berkenaan bulan depan.

Katanya, berapa banyak dos bakal diterima akan diumumkan secara rasmi selepas ini.

“Untuk vaksin CanSino, ia hanya membabitkan satu suntikan dos saja. Kita akan hantar kepada Kelantan dan kawasan pedalaman terutama Orang Asli di Gua Musang.

“Vaksin itu bersesuaian kerana petugas tidak perlu masuk ke kawasan Orang Asli dua kali untuk tujuan suntikan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan, hari ini.

sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.