Vida Mohon Maaf Kepada Aishah Isu Berlian Palsu

Posted on

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida hari ini memohon maaf secara terbuka kepada penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin atauAishah. Permohonan maaf tersebut dilakukan dalam satu sidang media khas di kediamannya, Ipoh, Perak sebentar tadi.

Vida membuat permohonan maaf seperti yang termaktub dalam keputusan bersama sewaktu sesi mediasi yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Sivil 11 Kuala Lumpur, 1 Julai lalu.

“Saya, Datuk Seri Vida secara terbuka memohon maaf kepada Wan Aishah Binti Wan Ariffin atas representasi salah terhadap hadiah barang kemas tambahan Gegar Vaganza 4.

“Semoga apa yang saya buat ini memberi kegembiraan kepada mereka yang menerima dan mereka yang menantikan keputusan daripada dulu sampailah sekarang, dah setahun lebih.

“Di sini saya ingatkan tiada istilah kalah menang tapi atas persetujuan bersama lahirlah tiga keputusan yang saya rasa walaupun nampak macam tak kisah tapi bagi saya dengan hati yang ikhlas dan rela,” katanya seperti dipetik Astro Awani.

Rabu lalu, Aishah mengadakan sidang media memaklumkan Vida perlu membayar harga barang kemas berjumlah RM80,000 dan membuat permohonan maaf secara terbuka sebelum atau pada 17 Julai ini.

Terdahulu, kontroversi antara Aishah dan Vida timbul apabila penyanyi itu mendedahkan hadiah barang kemas bernilai RM80,000 tajaan usahawan kosmetik adalah palsu selepas melakukan pemeriksaan di kedai emas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.