MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, masih terdapat kira-kira 4,000 peserta yang menghadiri himpunan di Sri Petaling masih ingkar untuk menjalani pengesanan jangkitan COVID-19.
Bagaimanapun, dakwanya, pihak polis telah mengenal pasti individu-individu tersebut dan berharap agar tampil secara sukarela untuk membuat pengesanan.
Terdahulu, KKM dalam satu tweet memaklumkan sebanyak 130 kes baru dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes keseluruhan meningkat kepada 1,030 kes.
Manakala sebanyak 48 kes daripada kes terbaru merupakan kes daripada kluster perhimpunan tabligh.
[Video] Part 7 Topik: 4,000 jemaah tabligh masih ingkar@IsmailSabri60#PerintahKawalanPergerakan #DudukRumah pic.twitter.com/aAIlDFuzgc
— BERNAMA (@bernamadotcom) March 20, 2020
Sumber: BERNAMA