(Video) 9 Bulan Terpisah, Polis Buat ‘Surprise’ Dekat Mak, Akhirnya Air Mata Berjuraian & Saling Berpelukan

Posted on

Emak adalah manusia pertama yang kita lihat sejurus dilahirkan ke dunia ini.Pertalian kasih sayang antara kita dan insan tercinta itu ibarat nyawa yang tidak boleh terpisah dari badan, sentiasa perlu bersama sepanjang hayat.

Apabila sampai satu masa untuk kita terpaksa berpisah dengannya, pasti kerinduan itu akan timbul dalam hati, semakin lama semakin menggunung tinggi.

Ketika negara menyaksikan pandemik COVID-19 beserta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan, pastinya ramai anggota barisan hadapan (frontliner) merasai detik perpisahan bersama ahli keluarga.

Sama ada terpisah dengan ibu ayah, isteri, anak-anak mahupun keluarga, semuanya merasai pengalaman yang sama, iaitu terlalu merindui insan-insan tersayang.

Antara cara frontliner mengekspresikan rasa rindu dengan ahli keluarga yang terpisah. Sumber gambar: Google

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan seorang anggota polis bertemu semula dengan emaknya setelah terpisah selama sembilan (9) bulan.

Menurut penerangan yang dikongsikan di halaman Facebook i love kuala krai, anggota tersebut sebelum ini menjalani latihan di Pusat Latihan selama enam (6) bulan.

Kemudian, episod perpisahannya itu bersambung lagi tiga (3) bulan apabila PKP mula dikuatkuasakan.

Selepas sembilan (9) bulan, akhirnya dia kembali dengan cara menyamar sebagai pelanggan di gerai nasi lemak emaknya.

Pada awalnya, si emak kelihatan tidak menyedari tingkah laku anaknya itu, namun setelah kawannya sendiri memberitahu, terus si emak terkejut dan menangis.

Lalu kedua-dua beranak itu pun saling berdakapan, melepaskan ‘hutang’ rindu yang sudah lama terpendam bersama juraian air mata.

Mari tonton video yang sebak ini.

Jika anda masih ada ibu bapa di rumah, segeralah menghubungi mereka dan ucapkan terima kasih kerana masih menjaga kita walaupun umur mereka sendiri sudah di hujung usia.

Dan bagi yang ibu bapanya sudah kembali ke Rahmatullah, sedekahkanlah Al-Fatihah buat mereka sekarang.

Semoga mereka ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman.

Ameen. Al-Fatihah.

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.