(Video) “Ada Wanita Merayu-rayu Nak Lawat Kubur Arwah Abam Walau Dah Lewat Malam” – Penjaga Kubur

Posted on

Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau dikenali sebagai Abam Bocey telah memberi inspirasi buat orang ramai.

Sedikit demi sedikit kebaikannya dikongsi rakan taulan dan orang ramai yang pernah bertemu dengan beliau.

Dalam satu video perkongsian oleh Ustaz Hanafiah, beliau telah bertemu dengan seorang penjaga kubur ketika menziarahi kubur Abam di Tanah Perkuburan Sungai Pusu.

Katanya, penjaga kubur itu menceritakan suatu peristiwa yang menjadi bukti kebaikan Abam pada malam selepas pengebumian Allahyarham.

Menurutnya, ketika sedang mengunci pintu pagar kawasan perkuburan, dia didatangi seorang wanita yang menaiki motosikal bersama anaknya yang masih kecil.

Wanita itu merayu agar diberi peluang untuk menziarahi kubur Allahyarham, tambahnya.

“Pakcik, tolonglah pakcik, saya nak masuk tengok arwah Abam, tolonglah pakcik.”

Biarpun permintaannya ditolak, wanita itu terus merayu.

“Esok je lah. Kubur ni tak ke mana. Esok je datang,” kata penjaga kubur berkenaan.

Tidak berputus asa, wanita itu terus merayu.

“Pakcik, saya datang dari jauh ni pakcik. Tolonglah saya pakcik, saya tak sempat nak datang siang,” katanya.

Selepas dirayu, lelaki berkenaan akhirnya menunjukkan kubur Abam.

Bila ditanya wanita itu sama ada dia merupakan saudara mara, wanita itu menafikannya.

“Saya dan anak saya sebenarnya banyak menerima bantuan daripada Abam. Dan Abam telah menyekolahkan anak-anak saya dan semua perbelanjaan sekolah telah ditampung oleh Abam.”

Sungguh mulia hati Abam ketika hidupnya sehingga kisah-kisah kebaikan yang dibuat terus disebut-sebut selepas kematiannya.

Semoga ia menjadi pengajaran untuk kita semua.

Sumber: Ustaz Hanafiah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.