Anugerah Juara-Juara Lagu (AJL) kali k 33 telah melabuhkan tirai semalam yang mana menyaksikan 12 peserta bersaing di pentas nyanyian yang paling berprestij itu.
Lagu Haram ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, malam tadi.
Menjulang trofi dalam saingan yang disifatkan cukup sengit, lagu yang dendangan Hael dan Dayang Nurfaizah itu melayakkan Haram membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi.
Naib juara dimenangi lagu Bunga dendangan Ara Johari yang meriah hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi. Tempat ketiga disandang lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar yang menawarkan ganjaran wang tunai RM20,000 dan trofi.
Misha meraih kemenangan berganda apabila memenangi trofi Vokal Terbaik manakala Persembahan Terbaik diraih Sufian Suhaimi dengan lagu Di Matamu. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.
PENGACARA MAJLIS MENCUIT HATI HADIRIN
Gandingan Syerryl Hadad dan Aliff Sattar sangat mencuit hati hadirin .
Gandingan pengacara terlaris; Aliff Satar dan Syerryl Hadad tidak kurang hebatnya. Performance mereka malam itu sangat menghiburkan hati dan hadirin yang hadir.
Antaranya punchline Syeryl yang meniru gaya bekas Perdana Menteri, Najib Razak dengan taglin “Malu Apa Bossku”.
“Sabar, sabar, sabar. Malu apa bossku,” kata Sherry sambil disambut gelak besar oleh Alif Satar. Malahan penonton AJL juga kedengaran bersorak riuh rendah mendengar ayat yang dilontarkan Sherry.
Sherry yang juga tidak dapat menahan ketawa sekali lagi menyebut,”Malu apa bossku. Ini kita nak mendapat perhatian bossku, bossku semua, hahaha” untuk mengusik Alif Satar.
Video Sherry itu kemudian tular di media sosial. Ayat ‘malu apa bossku’ menjadi sinomin dengan Najib apabila mengeluarkan perkataan tersebut ketika kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands baru-baru ini.
ALIFF KENAKAN SYERYLL SAMPAI EMMA MAEMBONG GELAK BESAR
Antara babak yang menarik antara dua pengacara tersebut ialah saat Aliff cuba kenakan Syeryll. Ia bermula ketika ALiff mengajar Syeryll bahasa isyarat berdasarkan huruf nama masing-masing.
Bahkan aksi tersebut telah mengundang tawa besar dalam kalangan hadirin termasuk rakan artis. Antara yang sempat dirakam ialah respons artis yang dikaitkan dengan kontroversi sebelum ini iaitu Emmma Maembong.
Emma yang mana sebelum ini pernah dikaitkan dengan kontroversi bersama abang seorang Menteri; turut hadir ke pentas AJL 33 .
foto : kontroversi yang pernah melibatkan Emma dan abang salah seorang menteri
(VIDEO) Berikut adalah Gelagat Syeryll dan Aliff Sehingga Membuat Emma Maembong Tertawa:
hahaha…Menang Kelakar Aliff – Syeryll…