(VIDEO) Aksi Kurang Sopan Dollah Salleh Yang Sempat Di Rakam Selepas Wisel Penamat Melaka – Pahang

Posted on

MELAKA – Melaka United dan Pahang terus mencabar kedudukan Johor Darul Ta’zim selaku pendahulu liga apabila mencatat keputusan seri 1-1 dalam perlawanan Liga Super 2019 di Stadium Hang Jebat pada 16hb yang lalu.

Pahang mengejutkan pasukan tuan rumah apabila memperoleh gol pertama pada minit kelima jaringan pemain pertahanan import Goulon Herold Mark selepas keadaan kelam kabut di depan pintu gol hasil sepakan percuma diambil Pahang sebelum itu.

Ehsan Foto : NSTP

Selepas gol pertama perlawanan menjadi seimbang apabila kedua-dua pasukan saling menyerang dan peluang terbaik pasukan tuan rumah hadir pada minit-14 apabila sepakan percuma yang diambil penyerang Melaka United, Liridon Krasniqi berjaya ditepis keluar penjaga gol Pahang, Mohd. Helmi Eliza Elias.

Pahang hampir menambah jaringan pada minit-31 apabila penyerang berbisanya, Dickson Nwakaeme merembat bola dari luar kotak penalti namun berjaya ditepis oleh Khairul Fahmi Che Mat.

Separuh masa kedua kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan penyerang Melaka United, Anselmo Arruda Da Silva dilayangkan kad kuning pada minit-59 apabila mengasari Mohd. Helmi Eliza yang telah menangkap bola di depan pintu gol.

Ehsan Foto : NSTP

Pahang nyaris menambah gol pada minit-65 apabila Muhammad Nor Azam Abdul Azih melakukan larian solo dari luar kotak penalti menewaskan beberapa pemain pertahanan Melaka United namun bola tendangannya mengenai palang gol.

Pasukan pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain bermula minit-80 apabila Muhammad Nor Azam diarahkan keluar padang selepas menerima kad kuning kedua dalam aksi kelam-kabut di depan pintu gol Pahang.

Pasukan tuan rumah menggunakan peluang itu untuk menggandakan serangan dan hasilnya pada minit-89, Safiq Rahim menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti selepas penyerang Melaka United, Patrick Reichelt dijatuhkan Mohd. Helmi Eliza dan keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan.

INSIDEN SELEPAS WISEL PENAMAT

Namun begitu, selesai wisel penamat ditiupkan terdapat satu insiden yang diluar jangkaan berlaku sehingga menjadi bualan netizen. Hal tersebut bermula saat pemain dan jurulatih kedua-dua pasukan mengamalkan sikap fairplay iaitu bersalaman antara satu sama lain. Ketika kamera sedang mengekori jurulatih melaka United iaitu Zainal Abidin Hassan yang meluru ke bangku pemain lawan untuk bersalaman, saat tiba di hadapan Dollah Salleh, satu perkataan yang kurang enak di dengar terkeluar di bibirnya. Ini dengan jelas kedengaran pada rakaman video.

(VIDEO) BERIKUT RAKAMAN VIDEO INSIDEN DOLLAH SALLEH MENGELUARKAN PERKATAAN KESAT

Namun begitu Zainal Abidin Hassan tetap profesional dan terus mencari Dollah Salleh; yang juga rakan baiknya. Mungkin perkara tersebut secara spontan akibat kecewa kerana pasukannya gagal memenangi perlawanan tersebut dan Melaka United melakukan comeback untuk menyamakan kedudukan di minit akhir perlawanan.

Dollah dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat itu kerana tidak dapat menerima keputusan pengadil yang menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah di saat akhir perlawanan yang hingga menyaksikan keputusan seri 1-1.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.