Anda kenal dengan insan yang berbasikal ni? Beliau ialah Menteri Besar Kelantan, Yg Amat Berhormat Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Bin Yakob!
Masya Allah, seorang Menteri Besar sebuah negeri hanya berbasikal ke masjid berhampiran dengan rumahnya tanpa ada ‘body guard’ dan ‘driver’.
Namun, bukan itu yang admin nak fokuskan di sini tetapi…. Anda lihatlah sendiri bagaimana seorang Menteri Besar yang rutin sehariannya sudah tentu amat membebankan.
Amanah yang digalas bukan perkara kecil, tugasnya menguruskan sebuah negeri bersama-sama dengan puluhan malah ratusan pegawai di bawahnya TETAPI tugas dan tanggungjawabnya kepada Allah, pemilik KERAJAAN YANG MAHA BESAR, KERAJAAN YANG MAHA HEBAT iaitu mendirikan solat berjemaah di masjid tidak pernah diabaikannya!
Bagaimana pula dengan kita???
Allahu, semoga Allah sentiasa membimbingmu untuk membimbing rakyat Kelantan wahai MBku…
Hushaimi Abu Amni wrote
Rutin harian kehidupan seorang Ulama’ dan Umara’. Dalam kesibukan mengurus dan mentadbir negeri hubungan dengan Ilahi menjadi asas kekuatannya.
Semoga Allah merahmati kita semua.
VIDEO :
sumber video; Hushaimi Abu Amni
nukilan; Nik Saiful