(VIDEO) Bila Artis Malaysia Dilanda Demam Si Nopal : Siapa paling cute?

Posted on

FENOMENA luar biasa animasi ‘Si Nopal’ dari negara Indonesia dilihat semakin tular di media Malaysia hingga menjadi bualan netizen.

Animasi berdurasi seminit itu menceritakan kisah sebuah keluarga terdiri daripada abah, bunda, Nopal dan ‘cute girl’ yang membahasakan dirinya Dede (Adik).

Menerusi Instagram Si Nopal, karya ini bermula dari penceritaan komik kemudian ditransformasikan kepada bentuk animasi hingga mencuit hati pelayar. Karya hasil nukilan seorang mahasiswa asal Indonesia itu juga berkisar tentang kehidupan dan realiti semasa.

Dalam puluhan video animasi ‘Si Nopal’, ternyata video animasi ketika berkhemah menjadi buah mulut netizen hingga meraih 3.5 juta tontonan. Manakala Akaun Youtubenya lebih 2.6 juta tontotan tidak termasuk lain-lain platform.

Video berdurasi seminit ketika berada di dalam hutan bersama Si Nopal dan cute girl mudah diikuti kerana menggunakan kata-kata lucu seperti bahenol dan mencuri perhatian sesiapa jua disamping suara gedik dan manja Si Dede yang seringkali diajuk oleh pendengar dan netizen

Bukan sahaja animasi menjadi tular, sebaliknya identiti pemilik suara latar yang menyanyikan lagu Si Nopal juga diketahui menerusi Instagram peribadinya.

Suara itu milik remaja perempuan dikenali Nadiah, 16, dari Bogor Indonesia.

Di negara ini, animasi ‘Si Nopal’ sangat menghiburkan sehingga dalam kalangan pelayar, artis telah memparodikan lagu tersebut.

Aksi Wany Hasrita, Mia Sara dan Jihan Muse parody Si Nopal

Vanellope berkata, si Nadiah itu telah membuatkan dirinya sering menyanyikan lagu ‘Si Nopal’.

“Ooo si nadiahh ni la yang buat kepala aku stuck dengan berkemah berkemah berkemah sama si nopal si nopal si nopal anaknya bahenol bahenol bahenolllll…,” katanya.

Sementara itu, bagi hasil pencarian di Kamus Besar Bahasa Indonesia mendapati maksud bahenol ialah montok, mengghairahkan atau seksi.

TONTON VIDEO ARTIS MALAYSIA MEMPARODIKAN LAGU SI NOPAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.