Najib sebelum ini pernah menggemparkan Netizen dengan mendendangkan Lagu bertajuk Hatiku Luka Lagi pada Januari lalu.
Lagu tersebut yang dinyanyika oleh penyanyi asal iaitu kumpulan dari Singapura, Black Dog Bone; dinyanyikan Najib dengan lirik yang berbeza itu mula menjadi bualan hangat netizen. Lagu itu dikatakan dituju buat kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang selepas kejatuhannya pada 9 Mei tahun lalu.
Video berdurasi lebih 4 minit itu mula mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur dengan nyanyian Datuk Seri Najib. Lagu berkenaan dirakamkan Selasa lalu di Ampang merupakan sebahagian daripada kempen lebih meluas.
Tambahan, menurut bekas PM Malaysia itu lagu berkenaan sedikit sebanyak memberi semangat dan motivasi kepada beliau pada masa yang beliau paling ‘down’ itu.
KALI INI BERAKSI BERSAMA BUSKER
Semalam 15 Februari, Najib sekali lagi mendendangkan lagu bersama-sama anak muda di tempat yang sama iaitu Ampang. Namun kali ini beliau menghiburkan pengunjung Tapak Urban Street Dining (Tapak) dengan nyanyian dua buah lagu era 1960-an.
Paling nostalgic apabila lagu yang beliau nyanyikan adalah lagu berjudul The Young Ones dan Save The Last Dance For Me : keduanya adalah lagu evergreen yang terkenal sekitar tahun 1960-an.
Keduanya adalah lagu daripada Penyanyi, Cliff Richards dan Michael Buble.
Persembahan beliau malam tadi dianggap paling rare kerana beraksi bersama busker tempatan di situ.
Beliau yang tiba di situ sekitar jam 8.00 malam menjadi tumpuan pengunjung dan orang ramai yang tidak melepaskan peluang untuk bersalaman, berbual dan berselfi. Ada dalam kalangan pengunjung menyambut kehadiran beliau dengan laungan “bossku”.Para peniaga di situ juga dikunjungi beliau yang sempat bertanyakan khabar dan beramah mesra.
Di dalam kiriman Facebooknya malam tadi, beliau sempat melaporkan kehadirannya di TAPAK Jalan Ampang sambil menyindir Menteri Wilayah, YB Ir Khalid Samad.
Rombongan beliau ke Tapak Ampang itu turut disertai beberapa penyokongnya termasu anaknya Asyman. Najib juga sempat memuji persekitaran di TAPAK Jalan Ampang yang mana disifatkan beliau sebagai port lepak dan makanan yang enak dan pelbagai pilihan
(VIDEO) BERIKUT ADALAH VIDEO NAJIB BERBUSKING BERSAMA BUSKER DI TAPAK JALAN AMPANG
Bossss Kiteeeee Busssskingg…