Sudah menjadi lumrah sekiranya peminat mahu menjodohkan artis pujaan mereka dengan artis lain yang dirasakan secocok dan sepadan.
Selalunya kes sebegini berlaku bila pasangan artis berlakon dalam sesebuah drama atau filem. Meskipun artis berlakon atas dasar kerja dan professional namun ianya tidak menghalang peminat untuk berharap dan meminta mereka benar-benar menjadi pasangan kekasih di luar set penggambaran. Kalau boleh sampai kahwin lah!
Jika sebelum ini peminat mahu menjodohkan penyanyi Wany Hasrita dengan Tajul dan Khai Bahar, nampaknya kini mereka bertukar selera apabila mahu penyanyi lagu Menahan Rindu ini menjadi kekasih kepada Sufian Suhaimi pula.
Ini kata-kata Wany Hasrita..
Mengakui berasa lucu dengan permintaan peminat itu, Wany berkata dia dengan beberapa orang penyanyi lelaki itu hanyalah sekadar teman biasa.
” Mereka (peminat) saja-saja usik artis kesukaan dan itu perkara biasa. Apa pun ia berbalik kepada jodoh, kalau ada… ada lah.
” Saya tak marah peminat kerana mereka masing-masing ada pendapat sendiri dan saya ambil itu sebagai satu benda positif.
” Buat masa ini, saya mahu fokus dengan kerjaya dan biarlah soal jodoh itu datang kemudian. Tak perlu nak tergesa-gesa kerana yang jadi keutamaan sekarang ialah kerjaya dan mahu mengukuhkan lagi ilmu agama,” katanya kepada mStar Online.
Sebelum ini, menerusi program Anugerah Juara Lagu ke-33, Wany menitiskan air mata ketika Sufian membuat persembahan lagu Di Matamu.
Gara-gara itu, peminat berasakan Wany merupakan individu paling sesuai menjadi kekasih Sufian Suhaimi.
Tonton video penuh yang disediakan ini.
Jika anda masih ingat sebelum ini penyanyi Wany Hasrita tidak mampu menahan air mata ketika menyaksikan persembahan Sufian Suhaimi menerusi lagu Di Matamu di pentas Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) pada Ahad.
Menurut Wany, bukan dia sahaja yang mengalirkan air mata, malah ramai lagi penonton yang berada di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil turut sebak menyaksikan persembahan tersebut.
Wany beritahu kenapa dia menangis malam itu…
“Rata-rata dalam stadium menangis, bukan Wany seorang sahaja… cuma kamera tunjuk saya dan Ernie Zakri ketika itu.
” Apa yang cuba Sufian tunjukkan pada malam itu sampai kepada kami. Semua tahu lagu itu memang sedih dan apabila Sufian letakkan syair pada awal lagu itu memang menyentuh jiwa.
Wany dan Ernie Zakri mengalirkan air mata semasa persembahan Sufian Suhaimi di AJL33.
” Lagu tu sedih, ditambah puisi diawal nyanyian, prop dan persembahan memang dapat kami rasa,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Wany berasakan lagu Di Matamu sememangnya layak menjadi pemenang untuk kategori Persembahan Terbaik.
Pada malam tersebut, Sufian dipilih sebagai pemenang Persembahan Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, sebuah telefon pintar serta trofi.
Persembahan penyanyi itu turut mencuri tumpuan netizen apabila ada yang mengaitkan hiasan pentas persembahan seakan-akan pelamin persandingan milik Elfira Loy ketika pernikahannya pada 1 Januari lalu.
Tonton video Wany Hasrita menangis…
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: Newcoviral