GEORGETOWN: Pemandu Toyota Vios berusia 21 tahun yang terbabit dalam kemlangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang, semalam, didapati positif g4nja.
Ketua P0lis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata keputusan itu diketahui selepas ujian saringan awal dilakukan terhadapnya.
Menurutnya, p0lis juga sudah mengambil sampel drah mngsa untuk mengetahui kandungan alk0hol dalam badannya.
“Pemandu Toyota Vios berkenaan kini masih mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta kerana mengalami kecederaan di kepala, kaki dan tangan.
“Sebelum ini, dia dihantar ke Hospital Seberang Jaya dan dibenarkan pulang namun peπgsan ketika berada di rumah dan dikejarkan ke hospital swasta,” katanya.
Dalam kejadian jam 2.45 pagi semalam, dua kenderaan masing-masing Toyota Vios hitam dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) putih terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menuju ke Perai.
Pemandu Toyota Vios berusia 21 tahun dan bekerja sebagai pendandan rambut c3dera dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut manakala SUV putih itu pula berpusing beberapa kali sebelum terjunam dalam laut.
Identiti pemandu SUV itu dikenal pasti sebagai Moey Yun Peng, 20, selepas bapanya membuat laporan p0lis jam 5 petang, semalam kerana anaknya yang juga penuntut sebuah kolej swasta itu masih tidak pulang.
Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata, pemandu Toyota Vios dan SUV itu adalah rakan sejak di bangku sekolah dan mereka dalam perjalanan pulang selepas menyambut parti hari jadi di sebuah kelab di Lebuh, Chulia, Georgetown.
“Mereka berdua bersama lima lagi rakan baru selesai menyambut hari jadi dan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di seberang. Lima lagi rakan mereka pula tinggal di bahagian pulau,” katanya.
Menurutnya, p0lis juga sedang menyiasat sama ada mereka berlumba atau sebaliknya.
Video :
Antara komen netzen:
Ridhuan Abu Bakar –Dlm sejarah jambatan PP rasanya hanya ada 2 kes kereta jatuh laut.
Shahir Shah –Sbb tu islam melarang minum ayaq kencin setan..akan membawa segala jen4yah..apatah lg minum ayaq kencin **..akan menuju ke arah kemungk4ran..
Arshad Shad –Mesti ia jatuh tu.. m4ngsa masih sedar.. dan kecederaan ringan je.. sebelum lem4s
Alex N Mia –Berlumba dlm keadaan positive g4nja dan m4buk. Nasib baik xkena pd yg tak bersalah..
Mohammad Nazri Abdul Kadir –Sangat! Sangat! Sangat! Memusykilkan..
Bukankah kena tunggu 3 bulan baru tahu result positif atau negatif g4nja?
Sumber : BH Online
sumber : coretanmedia