Melihat anak sendiri merangkul segulung ijazah di atas pentas dalam majlis konvokesyen adalah detik paling berharga bagi semua ibu-bapa.
Namun, saat-saat itu tidak dapat dirasai oleh seorang ibu ini apabila anaknya yang bakal bergraduasi itu telah ‘pergi’ meninggalkannya terlebih dahulu.
Begitulah kejadian seperti dalam rakaman video yang tular di media sosial baru-baru ini, di mana seorang ibu tampil ke majlis konvokesyen anaknya di Universitas Wiraldora, Wilayah Indramayu.
Agak menyentuh hati, gelagat si ibu itu datang dengan membawa gambar potret anaknya, Radja Adam Dzagwan yang telah meninggal dunia sebelum itu, dipercayai akibat sakit.
Arwah Radja Adam merupakan mahasiswa Fakultas Hulum Unwir Indramayu.
Ketika waktu kejadian, sambil diiringi seorang wanita, si ibu tersebut berjalan sambil menangis sebelum menerima skrol ijazah daripada reaktor.
Detik sedih itu diiringi nyanyian lagu oleh sekumpulan koir dan turut bergema dengan sorakan tepukan tangan oleh siswa-siswa graduasi yang lain.
“Ia semakin menangis saat menjalani proses tersebut.
“Sebab seharusnya sang anaklah yang menerima ijazah itu, namun Allah SWT berkata lain, puteranya dipanggil menghadap Yang Maha Kuasa,” memetik laporan Radarcirebon.
Bagaimanapun, tarikh dan waktu peristiwa menyayat hati itu tidak dinyatakan.
Putranya meninggal, seorang ibu wakili wisuda di Universitas Wiralodra, Kabupaten Indramayu. pic.twitter.com/sN3ChDtmQy
— 🚽 Tontonan Saat Berak 🚽 (@repvblikvideo) September 29, 2020
Sumber: Radarcirebon, @Repvblikvideo
Huawei Watch Fit Hadir Ke Pasaran Malaysia – Berharga RM499
Huawei kini agak aktif dalam pengenalan peranti-peranti dibawah ekosistem mereka. Selepas mengumumkan sebuah tablet baru semalam, hari ini Huawei Malaysia turut mengumumkan pengenalan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Watch Fit.
Huawei Watch Fit hadir dengan rekaan muka jam empat segi, selain ditujukan untuk mereka dengan gaya hidup aktif.
Huawei mengatakan Watch Fit menyertakan lebih 96 mod bersenam berbeza, dilengkapi skrin AMOLED HD, serta ketahanan bateri sehingga 10 hari lamanya.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan jam tangan pintar terbaru ini bermula 9 September 2020 pada harga RM499 sebuah.