(Video) Lapan Maut, Pesawat Lion Air Bawa Pasukan Perubatan Covid-19 Meletup Sebelum Terbang Di Filipina.

Posted on

Sebuah pesawat Lionair meletup terbakar dan meletup di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) semasa berlepas pada Ahad (8 malam) di Filipina, membunuh semua lapan penumpang dan anak kapal, menurut laporan media tempatan.

Pengurus Besar lapangan terbang Manila, Ed Monreal, berkata pesawat yang membawa enam anggota krew dan dua penumpang yang masing-masing merupakan anggota perubatan, jururawat, doktor, tiga anak kapal, seorang pesakit dan peneman pesakit sedang menjalani misi perubatan untuk membawa pesakit ke Tokyo apabila ia terbakar di akhir landasan lapangan terbang.

Rakaman video menunjukkan asap besar penuhi langit malam dan beberapa kru penyelamat dalam misi memadamkan kebakaran terbabit.

Dalam pada itu, menurut laporan Channel News Asia, Lionair merupakan firma yang berpangkalan di Filipina, berbeza dengan Lion Air, syarikat penerbangan tambang murah Indonesia.

Menurut laman webnya, Lionair menyediakan penerbangan pemindahan dan penerbangan perubatan. Pada September tahun lepas, penerbangan yang dikendalikan oleh Lionair terhempas di Laguna, sebuah wilayah selatan Manila.

Sumber: Channel News Asia, CBC

Apple AirPods Pro Kini Boleh Didapati Pada Harga RM999

Apple telah pun menawarkan fon telinga nirwayar terbaru mereka Apple AirPods Pro sejak beberapa bulan lepas. Ia hadir ke pasaran tempatan pada harga RM1099. Menariknya, untuk tempoh terhad sehingga 31 Mac 2020 ini, pihak SenQ menawarkan diskaun sebanyak RM100, menjadikan Apple AirPods Pro ini boleh didapati pada hargaĀ RM999.

Apple AirPods ProĀ merupakan penambah-baikkan pada AirPods sebelum ini. Ia hadir dengan sokongan pembatalan bunyi hingar aktif, selain sokongan kalis air dan peluh.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan fon telinga nirwayar daripada Apple, mungkin boleh menyemak penawaran ini hari ini.

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.