Kota Bharu – Seorang lelaki berasal Pasir Mas yang telah bertindak terjun ke Jambatan Sultan Yahya pada jam 11.05 pagi tadi telah ditemui oleh Pasukan Penyelamat.
Pihak Bomba dan Penyelamat dengan kerjasama beberapa pasukan menyelamat yang lain seperti JPAM sebelum itu giat menjalankan aktiviti mencari dan menyelamat mangsa di sekitar bawah jambatan bermula tengahari sejurus mangsa dilaporkan telah terjun ke sungai melalui jambatan tersebut.
Mangsa yang didakwa mengalami masalah mental bertindak terjun selepas ibunya memberhentikan kenderaan di jambatan tersebut atas permintaan mangsa sendiri namun dia secara tiba-tiba memanjat jambatan dan terus terjun ke sungai. Ibunya sedaya upaya bergelut dan cuba menghalang mangsa tapi tidak berjaya.
Mangsa disahkan m4ut akibat lemas. m4y4t mangsa berjaya diangkat naik dan dibawa ke hospital untuk tindakan seterusnya.
Sebelum ini mangsa pernah membuat laporan palsu mengenai ancaman bom semasa mengisi petrol keretanya , Axia di Stesen Minyak Caltex Pasir Mas. Berita itu menggemparkan seluruh negara sehinggakan bermacam spekulasi dibuat netizen ekoran berita tersebut. Namun hasil siasatan pihak berkuasa mendapati laporan ancaman bom tersebut adalah palsu dan mangsa didakwa mengalami masalah mental dan halusinasi
(VIDEO)
Berikut adalah rakaman video mangsa berjaya diangkat naik setelah dijumpai
Apapun, sama-samalah kita sedekahkan bacaan Alfatihah dan mengucapkan Salam tazkiah kepada keluarga mangsa.