Video Majlis Perkahwinan Sultan Muhammad V dan Oksana Voevodina di Russia?

Posted on

Kira-kira 10 keping foto rasmi majlis perkahwinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V kembali tersebar di media sosial semalam selepas ia dimuat naik oleh seorang jurugambar Rusia, Maxkoliberdin di laman Instagram miliknya.

Nampaknya pagi ini, video rasmi perkahwinan Sultan Muhamad V dan bekas Ratu Cantik Rusia, Oksana Voevodina pula telah tersebar apabila ianya telah dikongsikan di laman web premia.event.ru

Walaupun pada awalnya masih ada yang menganggap foto yang tersebar adalah palsu dan di ‘edit’, nampaknya dengan terbitnya video ini bakal menutup segala spekulasi.

Melalui video tersebut, anda boleh melihat rekaan dewan perkahwinan dan pelaminnya yang sangat mewah dan cantik.

Terdapat juga persembahan pentas yang memeriahkan lagi majlis perkahwinan yang sangat menakjubkan ini.

Walaubagaimanapun, masih tidak ada kenyataan rasmi berhubung perkahwinan Sultan Muhammad V dikeluarkan oleh mana-mana pihak istana sehingga kini

Sultan Muhammad V diputerakan sebagai Tengku Muhammad Faris Petra ibni Tengku Ismail Petra di Istana Batu, Kota Bharu, Kelantan pada 6 Oktober 1969.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1) Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran Baginda di Alice Smith School Kuala Lumpur.

Baginda telah berangkat ke England bagi menyambung pelajaran di Oakham School Ruthland sehingga tahun 1989.

Seterusnya Baginda melanjutkan pengajian ke Kolej St Cross, Oxford dan Pusat Oxford untuk Pengajian Islam untuk kajian diplomatik. Baginda menamatkan pengajian pada tahun 1991.

Pada 14 Oktober 2016, Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara telah memilih baginda untuk dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 selepas tamatnya penggal Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah memegang tampuk negara. Pemasyhuran itu berkuat kuasa 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun.

Pada 24 April 2017, baginda telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 dalam upacara penuh adat istiadat yang diadakan di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Pada usia 47, baginda adalah Yang di-Pertuan Agong termuda keempat yang ditabalkan selepas Tuanku Syed Putra dari Perlis, Tuanku Mizan Zainal Abidin dari Terengganu dan Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dari Kedah.

Pada 2 November 2018, pihak Istana Negara memaklumkan bahawa baginda beristirahat menjalani rawatan sehingga 31 Disember 2018.

Maka, Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, mengambil alih tugas baginda sebagai Pemangku selaras dengan Perkara 33 dalam Perlembagaan Malaysia sepanjang ketiadaan baginda.[11]

Walaubagaimanapun, pada 6 Januari 2019, baginda telah turun takhta kerajaan persekutuan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15.

Perkara ini menjadikan baginda Agong yang pertama untuk turun takhta kerajaan persekutuan dalam sejarah negara Malaysia.

(VIDEO) RAKAMAN VIDEO PERKAHWINAN YANG TULAR DI VMEO

Sumber Artikel: yoy network
Sumber Video : Svadberry

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.