Video : Myvi Buat Hal Lagi, Kali Ini Redah Banjir Pula

Posted on

Kereta Perodua Myvi sering sahaja dikaitkan dengan pelbagai situasi diluarjangkaan manusia. Sebelum ini ia seringkali menjadi ‘bahan’ jenaka netizen gara-gara kem4lang4n yang berlaku melibatkan kenderaan jenis tersebut.

Mungkin disebabkan fizikal kenderaan ini yang kecil dan kebolehannya dibawa laju, membuatkan sesetengah pemandu Myvi terlupa yang mereka sebenarnya sedang memandu kereta kecil. Oleh kerana itu nama kenderaan ini pula yang sering menjadi sensasi di internet.

Terbaru satu video yang memaparkan kereta Myvi meredah b4njir tular di sosial media. Video berdurasi 26 saat itu membuatkan ramai terkejut dengan kebolehan kereta jenis ini.

Dalam rakaman tersebut kelihatan kereta Myvi itu sudah pun berada di dalam air banjir tersebut. Ia turut kelihatan sedang bergerak di dalam air banjir yang hampir menenggel4mkan keseluruhan kenderaan tersebut.

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh si pemuatnaik video tersebut, rakaman itu berlaku di Sungai Kelong, Bukit Abal, Kelantan.

Video ini telah meraih 246,000 tontonan dengan lebih 2,800 shares.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Myvi tidak mengecewakan. Dalam air atas pokok terbang tungang terbalik semua boleh”

“Maibi tak pernah mengecewakan. Terbukti memang boleh menyelam”

“Myv serba serbi boleh…Sebelum ni kes terbang pon hado..tersangkut atas bumbung ado…”

Sumber:HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.