[Video] Neelofa Dijemput Sebagai Tetamu Istimewa Di Dubai, Peminat Teruja Dan Doa Moga Bertemu Jodoh Dengan Billionaire Arab Ini

Posted on

Siapa tak kenal Noor Neelofa binti Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa. Merupakan seorang pelakon, pengacara dan model wanita yang tidak asing lagi di persada seni Malaysia.

Beliau mula melibatkan diri dalam lapangan seni hiburan tanahair apabila beliau dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10 dan terkenal menerusi lakonannya sebagai Alisya dalam drama bersiri Kau Yang Terindah yang bersiaran di TV3 dan Suri Hati Mr. Pilot di Astro Ria.

Selepas memenangi Dewi Remaja, Neelofa menerima banyak tawaran berlakon filem dan drama serta tawaran menjadi pengacara di stesen TV terkenal, termasuk juga tawaran menjadi duta dan jurucakap produk.

Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan melancarkan produk kesihatan BellaVita bersama ibunya dan memiliki jenama produknya hijab atas namanya sendiri.

Neelofa dianggap sebagai seorang artis dan selebriti yang paling berjaya meskipun berdepan dengan pelbagai kontroversi dan skandal sepanjang keterlibatannya dalam dunia hiburan.

Baru baru ini beliau telah dijemput khas sebagai tetamu istimewa ke Abu Dhabi bagi menghadiri majlis perasmian sebuah resort disana.

Tidak mengetahui secara terperinci majlis perasmian tersebut, namun Neelofa ada berkongsi sebuah video pendek di akaun Instanya.

Diraikan sebagai tetamu istimewa, kelihatan seorang pemuda berbangsa arab yang dipercayai pemilik resort tersebut beramah mesra sambil bersalaman dengan Neelofa.

Jika dilihat melalui pengamatan, pemuda tersebut bukan calang-calang orangnya, kemungkinan juga dari golongan bangsawan arab.

VIDEO :

Video yang dikongsikan tersebut mendapat pelbagai maklumbalas dari peminat Neelofa, rata-rata mengucapkan tahniah diatas pengiktirafan yang diberikan keatasnya memandangkan beliau antara selebriti wanita yang paling berjaya di dalam bidang seni dan perniagaan.

Ramai yang turut mendoakan agar Neelofa bertemu jodoh setaraf dengannya terutamanya dari golongan billionaire atau putera arab.

Namun apa yang menarik perhatian admin adalah komen yang diturunkan oleh salah seorang pengikut laman insta beliau yang menggunakan nama Zaleharusdey.

Menyatakan bahawa hanya mereka yang hanya berlatarbelakangkan putera dan jutawan arab yang sesuai dengan reputasi dan kekayaan Neelofa, komennya itu mendapat maklumbalas positif sehingga membawa kepada perkara yang tidak berkaitan.

Menerusi rantaian komen yang diturunkan, peminat Neelofa membawa perbincangan tersebut berkait dengan bekas kekasih Neelofa dahulu.

Rasanya ramai yang memahami apa dan siapa yang diperbincangkan oleh peminat-peminat Neelofa ini.

Kadangkala admin sendiri hampir tergelak membacanya. Ternyata mereka ini begitu taksub terhadap artis pujaan mereka sehingga tajuk yang tidak berkaitan juga turut di perbincangkan.

Bagi admin, perkara peribadi usahlah dikaitkan sama, puncanya ucapan tahniah kepada Neelofa sahaja, perkara seperti Datuk tua, tumpang populariti dan tak sunat tu tak perlulah di bincangkan.

Cuba anda berada di tempat orang yang dihina tu, apa perasaan anda apabila perkara-perkara seperti ini perkatakan. Tentu sedih bukan?

Walau apa pun, admin berharap agar Neelofa terus maju jaya dalam karier yang diceburi dan berjumpa dengan pasangan yang mampu membahagiakannya dunia dan akhirat.

Tapi rasa-rasa korang, kenal ke sape yang dimaksudkan oleh peminat lofa ni? Cuba teka kat bawah, admin nak tengok. Lol!

Kredit:LubokViral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.