Video Parodi Tarian Jeng Jeng Ini Dikatakan Antara Yang Paling Takleh Blah, Kata Netizen

Posted on

Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan tarian raver yang menjadi kegilaan remaja belasan tahun hingga muncul berpuluh parodi yang membuat atau meniru tarian tersebut. Namun bila saja sebut parodi, hasil selepasnya lebih kepada menjadi bahan lawak.

Kemudian hari ini, muncul pula sejenis tarian baru yang menjadi ‘kegilaan’ para pemparodi. Sejak video seorang gadis membuat persembahan tarian yang diberi nama Tarian Jeng jeng jeng semasa menjadi tetamu jemputan sebuah stesen tv baru-baru ini, timbul perdebatan hangat di kalangan netizen.

Jika diperhatikan komen di laman sosial, rata-rata mempersenda gerak dan gaya tarian tersebut. Malah ada sehingga sanggup mengeji dengan mengatakan ia seolah-olah tarian orang mabuk ketum. Namun disebalik kejian yang diterima, masih ada juga insan yang memahami dan menghargai seni memuji seni tarian itu.

Sementara bagi pengarah dan juga pengasas Sanggar Teater, pelakon Fauziah Nawi berkata, beliau sedikit pun tidak tersinggung apabila video anak didiknya itu menjadi bahan jenaka ramai. Jelas Fauziah, persembahan teater itu telah pun dipentaskan pada Julai lalu dan tidak menyangka ia akan tular sekarang. Malah, tiket untuk teater tersebut habis terjual dalam masa tiga hari sahaja.

Terdahulu Jihat and the gang telah melakukan parodi bagi segmen parodi Meletops yang membuat netizen tak kering gusi. Kemudian Johan dan Zizan tidak terkecuali turut sama membuat parodi tarian Jeng Jeng semasa rancangan bual bicara mereka, Jozan.

Terbaru, muncul satu lagi klip video seorang ‘wanita’ melakukan aksi Jeng jeng yang buat netizen ketawa pecah perut. Parodi tersebut dikatakan milik seorang Vlogger bernama Nizam Rahman yang banyak melakukan parodi yang kelakar. Jom saksikan video di bawah.

Jom baca apa komen netizen di bawah;

” hahahaha yg part kaki tu aku takleh blah la anj1ng hahahahaha..”
” Hahahahahahahahahahahahahahha cil4ke laaaa..”
” salah korg juga x meletakkan diri seorg wanita ditempat wanita..”
” Apsal bila ckp berat sebelah terus jatuh yg sebelah tu?tetibe je xbalance..”
” mcm si4l hahahaha kalo aku jumpe org yg buat tarian tu yg kt tv tu aku tepok dahi dye mcm ulat beluncas da aku tgk padan muke kene ngalan perempuan menari mcm tu mcm xde akidah..”

Video Penuh Parodi :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.