PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), doktor perubatan dan petugas rawatan memberi amaran tegas bahawa sebuah kem penempatan pelarian di utara Syria bakal hancur jika diserang wabak COVID-19 bila-bila masa.
Lebih 1 juta orang pelarian tinggal di kem itu sejak Disember apabila rejim Syria melancarkan serangan untuk merampas Idlib – wilayah terakhir.
Pegawai kesihatan di sana menyatakan 100,000 orang mungkin akan terkorban (kerana wabak) jika bekalan perubatan tidak tiba dalam kadar segera.
Seorang penduduk, Um Bilal Al Omar berkata, mereka berasa takut sekiranya wabak tersebut merebak di penempatan mereka kerana kapasiti penduduk yang terlalu padat.
“Perkara yang paling menakutkan adalah penularan wabak ke serata kem akan menjadi sebuah bencana. Di sini tiada apa-apa untuk mengatasinya.
“Negara-negara besar seperti Itali, Amerika dan China masih mampu untuk melawan, tetapi kami yang berada di sini, apa yang kami boleh buat?” luah seorang penduduk lagi, Ziyad Bakour.
Bagi penjelasan yang lebih mendalam berkenaan serangan wabak COVID-19 di sana, mari hayati video penuh ini:
Bagaimanapun, setakat ini, belum ada lagi kes positif yang dilaporkan.
Kapasiti mereka terlalu padat, jadi sudah tentu agak sukar untuk mengamalkan penjarakan sosial.
Tidak kurang juga, bukan mudah untuk menjaga kebersihan 100 peratus jika sudah tinggal di perumahan yang ‘kurang sempurna’.
Apa-apa pun, marilah kita mendoakan agar semoga mereka yang tinggal di kem pelarian di Syria sentiasa dijauhkan daripada jangkitan wabak COVID-19 ini.
Ameen.
Sumber: BBC
Xiaomi Mi 10 Lite 5G Diumumkan – Peranti 5G Dengan Cip Snapdragon 765G
Sebentar tadi Xiaomi Mi 10 Lite telah dilancarkan secara rasmi bersama dengan Mi 10 dan Mi 10 Pro versi global. Peranti kelas pertengahan ini dilengkapi skrin 6.57-inci AMOLED FHD+ dengan pengimbas cap jari dalam skrin.
Ini dijana oleh cip Snapdragon 765G, kamera utama 48-Megapixel. kamera hadapan 16-Megapixel dan bateri sebesar 4160 mAh. Bateri peranti walau bagaimanapun hanya menyokong pengecasan 20W menerusi port USB-C.
Kamera utama yang adalah dari jenis kuad-kamera dalam susunan matrik 2×2 yang masih belum diumumkan konfigurasi lensanya pada majlis pelancaran. Tetapi sekilas pandang menyamai apa yang digunakan pada Redmi Note 9s yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia. Kamera hadapan pula diletakkan pada takuk bersaiz kecil.
Perkara yang sama juga tidak diketahui mengenai saiz RAM. Tetapi Xiaomi mengesahkan peranti ini akan ditawarkan dengan storan 64 dan 128GB. Di Eropah peranti 5G mampu milik ditawarkan pada harga bermula 349 Euro (~RM1665) bermula Mei hadapan.