Kuala Lumpur, 25 Feb – Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan telah menyatakan bahawa Muafakat Nasional bakal membentuk gabungan baru, namun tidak kesampaian.
Perikatan itu berikutan perpecahan dalam kalangan parti memerintah Pakatan Harapan yang memegang tampuk pentadbiran negara.
“Apa yang berlaku ini adalah satu sejarah dalam politik negara di mana parti-parti memerintah telah berpecah dan bagaimana disebut Tan Sri sebentar tadi, pada peringkat awalnya telah bersetuju pada dasarnya untuk bergabung dengan blok pembangkang,” katanya.
“Kami telah mendapat lebih daripada 130 kerusi dan dalam proses terakhir memeterai satu pakatan baru, Perikatan Nasional.
“Tetapi sebagaimana disebut Tan Sri Annuar tadi, apa yang diatur itu setelah presiden-presiden parti menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan akuan berkanun (statutory declaration), akhirnya apa yang dirancang ini tak kesampaian di mana Perdana Menteri sendiri meletakkan jawatan,” katanya.
Kenyataan bermula pada minit ke 18:41.
Sumber: Live Awani