Kali ini Geng Bawang Indonesia pula kagum Ketegasan Syed Saddiq terhadap Israel Ketegasan Syed Saddiq Syed Abd Rahman terhadap Israel pada wawancara BBC Hard Talk pada 24 Januari yang lalu, telah menarik perhatian seluruh warga dunia khususnya para pengguna media sosial; netizen dalam ataupun luar negara.
Hal ini kerana kenyataannya yang lantang dan firm dalam mempertahankan tindakan Kerajaan Malaysia yang sebelum ini melarang mana-mana warga Israel daripada memasuki negara Malaysia.
Bahkan ada dalam kalangan netizen yang memuji seolah-olah Syed Saddiq berperwatakan tegas seperti big bos nya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selain daripada isu hangat mengenai tindakan Malaysia terhadap Israel, temubual itu juga mengetengahkan isu berkaitan hubungan luar Malaysia dengan United Kingdom, Kesatuan Eropah,negara-negara Komanwel dan juga Asia, selain peranan negara di pentas dunia.
NETIZEN KAGUM HUJAH MANTAP SYED SADDIQ
Hal ini berikutan jawapan spontan dan tegas tatkala ketika cuba dibelit moderator BBC Hard Talk , Shaun Ley ; mengenai tindakan Malaysia yang enggan membenarkan atlit Israel memasuki negara itu.
“..Jika menjadi tuan rumah kepada kejohanan antarabangsa lebih penting daripada menjaga kepentingan saudara Palestin yang saban hari dizalimi dan diperlakukan keja m (oleh Israel), maka kami telah kehilangan rasa kemanusiaan…’, tegasnya Selain itu, dalam wawancara tersebut juga beliau juga membidas negara-negara dunia berkuasa besar terutamanya Amerika Syarikat yang begitu Double Standard dalam isu ini.
sambil memberikan contoh bahawa ketika ada negara-negara yang mengkritik tindakan kejam Israel dan memohon sekatan melalui PBB, tetapi Amerika menggunakan kuasa veto nya membatalkan sekatan tersebut.
“…Bahkan Donald Trump Presiden Amerika sendiri pernah memotong bantuan pembangunan USD 200 juta kepada Palestin hanya kerana negara-negara dunia tidak sependapat dengan mereka dalam isu Palestin…”, balasnya lagi. Teruja dengan penampilan Syed Saddiq beraksi di BBC Talk, ramai netizen melemparkan pujian bahkan bersatu hati mendukung Malaysia dalam menghadapi kritikan ekoran pendirian tegas dan tidak berganjak meskipun mendapat kecaman sesetengah negara-negara Barat.
NETIZEN INDONESIA MEMUJI SYED SADDIQ
Menteri Termuda Malaysia itu juga tidak terlepas mendapat pujian daripada warga Indonesia, negara jiran yang paling hampir dengan Malaysia.
Hampir keseluruhan komen menggambarkan rasa teruja, kagum dan bertuah kerana Malaysia memiliki seorang pemimpin muda yang perform dan hebat seperti Syed Saddiq. Di dalam satu video petikan ucapan Syed Saddiq yang dimuat naik di laman Instagram Indonesia yang mana telah mencecah 220 ribu tontotan dan hampir 3000 komen daripada netizen Indonesia. Antara komen-komen netizen Indonesia terhadap Syed Saddiq adalah seperti berikut:
Komentar Rakyat Indonesia yang kagum dengan Syed Saddiq Bahkan mereka juga berbangga kerana ada tokoh anak muda yang pintar dan mantap berhujah seperti Syed Saddiq
Mau Punya Menpora kaya gini = mahu ada menteri belia sukan macam ini
(VIDEO) Dan berikut adalah sedutan rakaman video ketegasan Syed Saddiq yang membuatkan netizen Indonesia kagum. Sila tonton.
Lagi komen netizen Indonesia. Bahkan mereka sangat mendukung dan menyokong tindakan Malaysia yang tegas membela Palestin dan ada si gadis yang tertarik dengan ketampanan Ahli Parlimen Muar tersebut.
gagal fokus = sama macam pecah ovari la. hehe
Sesungguhnya, Malaysia – Indonesia tetap utuh membela nasib saudara di Palestin. Allahu Akbar !!!