KOTA BHARU, 28 Jan – Harini ini heboh mengenai seorang lelaki yang tiba-tiba terjun ke sungai melalui Jambatan Sultan Yahya hingga menggemparkan penduduk sekitar Kota Bharu dan Pasir Mas.
Lelaki tersebut berusia 29 tahun dan didakwa berasal Pasir Mas.
Jika sebelum ini beliau bertindak membuat laporan ancaman bom palsu sehinggakan berita itu menggemparkan seluruh negara, kali ini bertindak dengan terjun ke sungai ; semuanya berlaku dalam masa 1 bulan iaitu 2 Januari dan 28 Januari.
Masih yang tertanya-tanya apa punca dan pendorong lelaki ini bertindak sedemikian?
Namun, semuanya terjawab apabila tampil seorang saksi yang tidak mahu dikenali nama telah mendedahkan punca tindakannya.
Berikut adalah rakaman AUDIO penjelasan saksi;
TRANSKRIP AUDIO :
“…Ceritanya bermula apabila dia mengajak ibunya untuk berjalan-jalan ke sungai.
Sebelum itu ibunya mahu ke rumah bapa saudaranya.
semasa dalam perjalanan dan setibanya di Jambatan Sultan Yahya, beliau meminta ibunya untuk memberhentikan kereta secara tiba-tiba…”
“…Sejurus itu, dia berjalan 2 3 langkah sebelum bertindak secara drastik memanjat dan terjun jambatan.
sebelum itu, dia ada meluahkan kepada ibunya bahawa “…saya mahu pergi.ramai yang tak fahami saya…” ceritanya lagi…”
Menurutnya lagi, ibu nya ada memberitahu bahawa dia sangat stress dan sangat tertekan sejak kebelakangan ini.
Lelaki ini dikatakan mula mengalami masalah emosi selepas berpisah dengan isterinya.
Tambahan pula abang sulungnya juga penghidap Syndrome Down begitu juga adik bongsunya.
“…Lepas bercerai, dia hanya terperap di rumah sahaja sambil nengung (merenung)…”
“…Saya meminta supaya orang ramai tidak mencemuh mangsa sebaliknya membantu dan mendoakan mangsa supaya pulih daripada masalah…”
Amin