Penyanyi BBNU, As’ad Motwah sememangnya terkenal dalam kalangan peminat wanita remaja dek kerana ketampanannya dan kehebatannya menyanyi.
Namun sebentar tadi, penyanyi berusia 18 tahun itu telah memuat naik sebuah rakaman video amatur dirinya dipeluk oleh seorang peminat wanita.
Video tersebut menyaksikan Asad Motwah sedang menyampaikan lagu di sebuah mini tour konsert di perkarangan The Curve, Damansara Utama secara tiba-tiba telah didatangi seorang gadis yang bertindak memeluk Asad dari arah tepi.
Fanatik sangat ni, dik!
Namun tindakan pantas petugas yang berada di situ berjaya meleraikan pelukan gadis itu. Menerusi muat naik kapsyen, As’ad Motwah berharap agar gadis tersebut dalam keadaan baik.
So this happened on tour today. I hope she is okay 😕 and please excuse my voice. I was shocked 😭 see you tomorrow MELAKA! #percayatour i love all of you ❤️
Video:
Tak malu betul perempuan tu!
Namun, penularan video tersebut telah menerima pelbagai reaksi berbeza daripada netizen. Ada yang memberi komen negatif kepada wanita tersebut.
Mahupun begitu, ada yang menganggap kejadian tersebut seperti dirancang, berdasarkan kedudukan kamera, miming, dan reaksi muka penyanyi ini.
Komen Netizen:
aku ingt korea je ada sasaeng fans ahahahahahaha apanih melayu adoi bodola
@syirahxuxi dan knape nk judge seorang perempuan dgn tudung ?
@dyrahwho wow kala lee jong suk xpe gok . daebak ah mesti puan tu lama doh tunggu saat ni kan 😂
Skarang wanita dh x kesah dh pahala dosa die nk happy jer
hi, job ni ada lagi tak? berapa tu bayar? saya berminat kekekeke
Dari kau peluk dia baik kau peluk bapak kau , dapat pahala lagi 😇
Sumber : Instagram Asad Motwah
5 Perkara Tentang As’ad Motawh Yang Mungkin Korang Tidak Tahu
Episod terjatuh semasa sebuah acara fesyen, dikecam netizen kerana suara tidak sampai dan macam-macam perkara lagi sama sekali tidak akan melemahkan semangat remaja bernama As’ad Motawh ini.
Malah semua pengalaman yang dikutip oleh penyanyi (dan kini juga bergelar pelakon!) menjadikannya lebih bersemangat, matang dan kuat dari dalaman.
Pada usia yang cukup muda, As’ad melakukan sesuatu yang dianggap cukup sukar satu ketika dahulu.
Menembusi pasaran Indonesia.
Bukan calang-calang selebriti berjaya berbuat sedemikian. Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Search, Sheila Majid dan Bront Palarae.
“Bagi saya, semua itu mengajar saya untuk belajar dengan cepat. One moment you’re down, but you always need to pick yourself up dengan cepat.
“Saya terlalu muda, namun itu bukan alasan not to go after my dreams. Untuk menjadi penyanyi yang lebih baik, banyak perkara yang perlu saya belajar. Bukan saja dari segi teknik nyanyian, malah perlu belajar untuk sentiasa rendah diri dan tahu menerima kritikan membina,” kongsi As’ad
Walaupun sering berkongsi posting baru di Instagram, namun masih ada perkara yang kekal rahsia mengenai As’ad. Antara…
1. Siapa sangka remaja berusia 17 tahun ini pandai ber-beatbox.
2. Pelakon kegemaran As’ad katanya ialah Daiyan Trisha. Eh, suka sebab Buskers eh? Hehe. Kata As’ad, bukan saja Daiyan cantik tetapi juga kerana dia berbakat dan pandai membawa diri.
3. Selain daripada gitar, As’ad juga mahir untuk bermain dram dan piano.
4. Nampak je kurus meninggi tetapi As’ad pun aktif bersukan tahu tak. Antara acara yang pernah disertainya adalah sukan olahraga 100 meter dan As’ad juga pernag bertindak sebagai penjaga gol. Wow, siapa kata orang kurus tak boleh jaga gol?
5. Ramai yang berkata wajah As’ad ini sesuai dengan imej skaters. Jawapannya,
Tepat sekali! Dia sering menemani adiknya, Ashraf Motawh untuk aktiviti skating di jalanan.