Pilu, seorang wanita di Sulawesi Selatan terpaksa berpisah mati dengan suaminya selepas hanya tiga hari melangsungkan pernikahan.
Menurut Tribun News, suami kepada wanita itu dikatakan telah koma sebelum meninggal dunia akibat kemalangan.
Video kisah mereka berdua telah tular di media sosial dan meruntun hati orang ramai yang rata-rata menzahirkan rasa sedih dan simpati kepada pasangan itu.
Baru tiga hari menikah, sang suami meninggalkan isterinya untuk selama-lamanya.
Dari sini kita belajar bahawa jodoh dan ajal sedang berjalan berdampingan menuju kita, entah ajal atau jodoh yang akan menghampiri dahulu.
Semoga diberikan kesabaran serta ketabahan untuk saudariku.
Dalam video dikongsikan @dunia_kaumhawa, terpapar detik kegembiraan mereka berdua ketika hari perkahwinan dan graduasi si isteri. Namun suasana bertukar duka selepas si suami kemalangan di mana hanya tinggal tangisan dan wajah sedih isteri menemani jasad suaminya yang sudah tidak bernyawa.
Takziah, semoga husnul khatimah dan diberi kekuatan buat isteri
Mimpi suami meninggal saja pun terus menangis, apatah lagi kalau betul-betul terjadi
Pernah berada di situasi sama
Sedih sangat
Sumber: Tribun News @dunia_kaumhawa