28 Januari 2018, PASIR MAS – Seorang lelaki berusia 29 tahun didakwa mengalami masalah mental dikhuatiri lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini kira-kira pukul 11.50 pagi tadi.
Ibu mangsa tidak dapat menahan sedih selepas anaknya, Ahmad Kamal Ideris, 29, dikhuatiri lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini kira-kira pukul 11.50 pagi tadi.
Difahamkan, mangsa bertengkar dengan ibunya di dalam kereta sebelum bertindak sedemikian.
Mangsa dikenali sebagai Ahmad Kamal Ideris dari Pasir Mas menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) menuju ke Kota Bharu bersama ibunya.
Menurut bapa saudara mangsa, Rusli Mat Hassan, 54, berkata, beliau difahamkan ibu mangsa telah memberhentikan kenderaan kira-kira 500 meter dari jambatan tersebut selepas diarahkan oleh anaknya.
Katanya, selepas itu mangsa berbadan gempal tersebut bertindak keluar dari kereta dan ke jambatan berkenaan untuk terjun.
“Tindakan itu cuba dihalang oleh ibunya namun tidak terdaya. Ibu mangsa telah meminta bantuan dari seorang pemuda yang kebetulan ada di situ dan pemuda terbabit cuma menghalangnya.
“Pergelutan berlaku antara mereka berdua namun pemuda itu tidak dapat menyelamatkan mangsa daripada terjun dari tembok jambatan tersebut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
Anggota Bomba dan Penyelamat giat mencari mangsa lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini hari ini.
Katanya, mangsa juga sejak kebelakangan ini sering berhalusinasi selepas berpisah dengan isterinya sehingga bertindak di luar kawalan.
Tambahnya pada 2 Januari lalu, berita mengenai beliau pernah viral apabila membuat laporan polis kononnya terdapat ancaman bom dalam keretanya, Axia ketika mengisi minyak di Stesen Minyak Caltex Pasir Mas sehinggakan pasukan keselamatan Pasir Mas dan Kota Bharu bergegas ke lokasi kejadian. Namun, pihak berkuasa mendapati tiada ancaman b0m sebagaimana laporan.
(VIDEO)
Lihat video rakaman ibu mangsa yang tidak dapat menahan sebak kerana gagal menghalang anaknya daripada terjun ke sungai.
Ahli Parlimen Pasir Mas turut hadir menenangkan ibu dan keluarga mangsa
Apapun, marilah sama-sama kita berdoa agar dipermudahkan segala urusan . InsyaAllah.