Sesuatu yang tidak boleh kita elak, Kemalangan adalah suatu perkara yang sukar untuk dielakkan walaupun segala langkah keselamatan telah diutamakan. Mana tidaknya, setiap kemalangan berpotensi menyebabkan kerosakan pada kenderaan, kecederaan pada diri malah boleh menyebabkan kehilangan nyawa orang.
Menerusi satu rakaman yang berlegar di media sosial, satu kejadian kemalangan melibatkan sebuah kereta supercar dan sebuah kereta Viva dipercayai telah berlaku.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila kereta Viva tersebut seakan ingin masuk ke satu persimpangan. Kereta Lamborghini yang berada di belakang kereta Viva ketika itu dipercayai tidak sempat untuk memperlahankan kenderaannya lalu merempuh kereta Viva tersebut.
Selepas daripada itu, kereta Viva tersebut telah terpusing dan terbabas sehingga masuk ke lorong arah bertentangan. Mujur kereta yang sedang melalui jalan tersebut sempat untuk memberhentikan kenderaan daripada melanggar kereta Viva itu.
Susulan daripada kejadian tersebut, seorang warganet bernama Azman Nor mendakwa bahawa kedua-dua pemandu kereta tersebut tidak mengalami kecederaan yang serius.
Tambahnya lagi, pemandu kereta Lamborghini tersebut yang berasa bertanggungjawab akan kejadian itu telah bertindak ‘menghadiahkan’ pemandu Viva tersebut sebuah kereta Myvi sebagai ganti rugi bagi memastikan pemandu Viva itu tidak perlu menghabiskan sumber pendapatannya untuk membaiki keretanya.
Tindakan mulia tersebut telah mendapat pujian daripada warganet di media sosial:
Sumber: Xiiao Yong/Azman Nor
Apple Dilaporkan Ingin Menghentikan Jualan Produk Beats
Beats Electronics diambil alih oleh Apple pada tahun 2014 pada harga $3 bilion. Jenama ini mempunyai reputasi sebagai peralatan audio yang digunakan oleh golongan selebriti dan kerap dilihat di dalam video muzik. Fon kepalanya pernah menjadi simbol status seperti AirPods beberapa tahun yang lalu. Tetapi kini kedengaran ura-ura Apple akan menghentikan jualan aksesori audio Beats.
Menurut Jon Prosser seorang penganalisa teknologi, Apple akan melancarkan sepasang fon kepala ketika WWDC dan AirPods X pada bulan September hadapan. Ura-ura mengenai fon kepala berjenama Apple telah didengari sejak 2018. Fon kepala ini akan bersaing dalam kelas yang sama seperti Bose 700 manakala AirPods X adalah pengganti kepada Beats X yang menyasarkan pengguna yang gemar bersukan,
Selepas kedua-dia aksesori audio Apple ini dilancarkan, pengeluaran aksesori audio Beats akan dihentikan. Malahan tambah beliau lagi produk Beats kini mula ditawarkan pada potongan harga 40% untuk mengurangkan inventori sedia ada.
Sejak diambil alih oleh Apple, imej Beats sebagai pengeluar aksesori audio yang berstatus tinggi tidak lagi seperti dahulu. Artis dan ahli sukan yang dahulunya menggunakan fon kepala Beats kini menggunakan AirPods yang dilihat lebih premium. Sekiranya produk Beats dihentikan jualannya, Apple dengan mudah boleh menumpukan perhatian kepada memasarkan produk audio yang menggunakan jenama mereka sendiri.